“Berjubah Ke Sana Sini,” Ebit Lew ‘Jaga Perut’ P0lis Dan Tentera Buat Ramai Terharu

Selepas memberi sumbangan keperluan buat petugas perubatan di h0sp1tal, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew sekali lagi ‘turun padang’ mengedarkan makanan pasukan beruniform yang sedang menjaga negara.

Menerusi laman Facebook, beliau berkongsi beberapa keping gambar ketika memberi sumbangan McDonald’s kepada anggota tentera, polis dan polis trafik yang menjalankan tugas tanpa mengambil kira hujan atau panas.

Menurut Ebit, beliau meluahkan rasa kasihan melihat kesungguhan badan beruniform dalam menjaga seluruh jalan utama di sekitar negara selain berhadapan dengan manusia yang tidak mengikut arahan.

“Ada yang penat letih. Saya ke 12 tempat roadblock. Ada beberapa tempat kata. Allahu sedapnya ustaz. Jika hari-hari bestnya ustaz.

“Mereka tersenyum dan ramai ajak selfie. Selalu tengok ustaz. Biasa bulat sikit kan. Suka dengar ceramah ustaz. Kurus yer ustaz,” katanya.

Selain menyumbang makanan, beliau juga meluangkan masa memberi kata-kata semangat buat semua petugas agar terus berdedikasi dalam memikul tanggungjawab bersama.

Siapa nak bantu?

“Berjubah Ke Sana Sini,” Ebit Lew ‘Jaga Perut’ P0lis Dan Tentera Buat Ramai Terharu 2Ebit LewEbit

Sumber : Ustaz Ebit Lew

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Terlajakviral