TERKINIVIDEO

Subhanallah, Nasib Baik Bukan Lori yg Bertentangan. Video Y15ZR Hampir Bertembung Motor Lain. Netizen Selar Sebab Mcm Budak Baru Belajar Motor.

Tahun 2019 seperti tahun motor. Sejak fenomena motorsikal jenama Yamaha Y15zr di pasaran, makin ramai yang ingin memiliki motor tersebut.

Diselitkan juga sebab #maluapabossku yang dikaitkan dengan Yamaha Y15zr atau lebih dikenali sebagai Ysuku.

Motorsikal Ysuku ini semakin meningkat naik walaupun motor tersebut telah lama berada di pasaran. Permintaan motor tersebut melonjak sejak penghujung tahun 2018 sehingga sekarang.

Jika anda berminat ingin memiliki motor Yamaha Ysuku ini, purata menunggu motor tersebut tiba di tangan anda dalam sebulan ke tiga bulan. ( lama tu.. )

Bila motor banyak atas jalan sudah semestinya akan ada kelab kelab motor. Bila ada kelab mesti ada ride hujung minggu. Kalau budak motor destinasi yang mempunyai perjalanan yang menarik amat dititikberatkan. Maksud menarik maknanya, sedap layan konar.

Apa Sebenar Yang Terjadi ..

Seorang pengguna laman Facebook bernama Mie Apache telah memuat naik satu video ‘ride’ di satu jalan terkenal untuk budak budak motor iaitu di Kuala Klawang.

Jalan tersebut menjadi kesukaan budak budak motor kerana jalan yang penuh dengan selekoh, jadi di sini mereka akan tunjuk skill belok cecah lutut.

Tetapi jalan tersebut juga antara jalan yang bahaya kerana selekoh yang tajam dan jalan yang sempit. Saudara Mie Apache memuatnaik satu video dimana rakan dia hampir kemalangan kerana budak motor yang acah acah macam rider berpengalaman.

Video tersebut menunjukkan seorang pengguna Yamaha Ysuku hampir menghentam rakan Mie Apache apabila lelaki tersebut terlebih ambil side ketika membuat selekoh.

Video tersebut mendapat banyak reaksi negatif kerana pengguna motorsikal yang hampir melanggar rakan Mie Apache seperti baru dapat motor.

Jika bukan mereka disebelah dan digantikan dengan kenderaan 4 tayar atau lebih teruk lori, alamatnya memang masuk bawah lori.

Video Yang Menjadi Viral.

Video Dari Pandangan Hadapan

Kepada pemandu motor yang makan jalan itu, anda patut bersyukur anda masih hidup lagi sehingga ke hari ini. Kepada budak budak motor tak kira baru atau lama. Sebelum pergi ride sila selidik jalan yang nak dilalui. Jika rasa ilmu tidak cukup di dada tidak perlu untuk ambil selekoh ala Rossi.

Hari ini anda munkin bernasib baik tetapi esok lusa bagaimana? Jadi berhati hati lah dijalan raya. Jangan terlalu seronok hanya sebab anda tunggang motor spek 65.

Semoga kisah ini dijadikan ikhtibar dan sentiasa berwasapada. Kadang kadang kita bawa secara berhemah dan tidak buat masalah tetapi orang lain yang buat masalah.

Kredit Artikel : KLVIRAL

Tags

Related Articles

One Comment

  1. ini bukan baru belajar bawa motor, memang tak reti bawak motor, menyusahkan orang, patutnya dia kena masuk sekolah memandu semula!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker