ISU SEMASATERKINI

Waktu Pembayaran BSH Fasa Ketiga bermula akhir minggu ini – Menteri Kewangan

Berikut kami kongsikan tarikh rasmi pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 fasa ke-3 akan dilaksanakan. Mengikut sumber ia akan dibayar bermula pada Jumaat ini.

Sumber mengatakan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan pada hari semalam, pembayaran Bantuan Sara Hidup itu akan dibuat berdasarkan kepada beberapa kateg0ri.

Iaitu, kateg0ri yang merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai baki Bantuan Sara Hidup 2020 yang akan diterima.

Ia akan membabitkan peruntukkan kerajaan sebanyak RM3 billion yang akan diberikan kepada hampir 4.28 juta penerima yang merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta individu bujang berusia diantara 40 tahun ke 59 tahun.

Untuk pengetahuan semua, penerima manfaat kateg0ri isi rumah akan menerima sebanyak RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksimum empat orang anak.

Berikut adalah contoh yang diberikan oleh kerajaan bagi memberi kefahaman kepada rakyat iaitu:

“Sekiranya Encik Abu mempunyai pendapatan di bawah RM2000 dan mempunyai 4 orang anak yang layak, beliau akan menerima RM1580 merangkuti pembayaran sebanyak RM300 pada fasa 1 (Januari) RM200 fasa kedua (Mac) dan RM1080 pada fasa ke-3 (Julai)”

Bayaran Bantuan Sara Hidup ini adalah lebih bersasar kerana turut mengambil kira bilangan anak yang layak dalam setiap keluarga” – Kata Menteri Kewangan Malaysia.

Oleh itu, pembayaran akan dibuat terus ke dalam akaun bank penerima yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum itu.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pihak kementerian dan LHDN akan membuat pembayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember ini.

Kepada mereka yang layak tetapi tidak menerima pembayaran Bantuan Sara Hidup fasa pertama dan kedua, mereka akan dapat sekali gus dalam pembayaran fasa ketiga mengikut nilai kelayakan mereka.

Manakala permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 pula akan dibuka pada 7 ogos sehingga 6 september depan.

“Sekiranya ada diantara mereka tidak dapat atau tidak berjaya dalam permohonan sebelum ini, mereka masih diberi ruang dan peluang bagi mengemukakan permohonan rayuuan berserta dokumen yang berkaitan bagi disemak semula oleh LHDN”

Mereka ini boleh membuat permohonan secara atas talian di portah Bantuan Sara Hidup : https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir ke cawangan LHDN, pusat Khidmat Hasil atau UTC.

Sumber :mysumber

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close