Viral Rakaman Sekumpulan Lelaki Terbalikkan Kereta Ini. Puncanya, Memang Buat Netizen Geram

Aggota tentera parah selepas motosikal ditunggangi merempuh belakang kereta yang ditinggalkan di tengah jalan di Felda Bukit Damar, Jalan Pekan Felda Lakum, di Temerloh, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, Koperal Ismi Wan Shah Ismail, 31, dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Mempaga dari rumahnya di Lanchang sebelum merempuh Honda Stream yang ditinggalkan di lorong kiri jalan raya.

Isteri mangsa, Farhah Jamaluddin, 33, ketika dihubungi berkata, suaminya kini sedang menjalani pembedahan selepas patah tulang pinggul dan patah kedua belah tangan.

“ Ketika kejadian suami hendak ke tempat kerja menunggang motosikal Kawasaki ER-6 sebelum dia dikatakan melanggar kereta yang ditinggalkan di tengah jalan raya.

“ Suami saya kini sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) dan laporan polis sudah dibuat rakannya, semalam,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Difahamkan Honda Stream berkenaan ditinggalkan pemandunya sejak kelmarin dan usaha pengesan pemiliknya sedang dilakukan pihak berkuasa.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.09 pagi.

“ Anggota kita tiba memberikan rawatan awal sebelum membawa mangsa ke HOSHAS untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, siasatan kema langan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, satu video tular memaparkan kira-kira 10 lelaki yang berhenti di lokasi kema langan bertindak menterbalikkan kenderaan itu.

Lihat video di bawah

Sementara itu rata-rata netizen bersetuju tindakan sekumpulan tersebut menterbalikkan kereta tersebut meskipun merasakan ianya agak keterlaluan.

” Org nak pakai kereta dia nak pakai kereta. lepas tu letak merata-rata kalau rosak sekalipon cari la ikhtiar tolak ke tepi lagi. Lain kali pasti selengara kenderaan, servis ikut time. Kenapa x ckup duit?Ha jangan bli kereta. naik je basikal jimat pon jimat, petrol tol semua x yah bayar..”

” Patut pon kene buang.letak Kat atas jlan.sdangkan ade lebihan jalan ditepi..”

” Terbaik arr.. Kasi viralkan jadikan pengajaran kepada pemandu² yg lain..Syabas..”

Sumber : hmtero & fb malaysia coin