SELEBRITIVIDEO

(VIDEO) Zizan Cakap Loghat Terengganu Baru Anjing Patah Kaki ni Makan Makanan yang Diberi

TULAR rakaman video pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak memberi makanan kepada seekor anjing yang berjalan terhincut-hincut dikatakan kerana patah kakinya.

Tindakan Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak itu menerima pelbagai reaksi peminat, ramai yang memuji namun seperti biasa tentu sekali ada yang mengecam.

Namun apa yang melucukan, berdasarkan rakaman video, selepas Zizan meletakkan bungkusan makanan untuk anjing berkenaan, dia menjauhkan diri sambil memerhatikan dari jauh dan memanggil atau mempelawa haiwan itu makan dalam bahasa Inggeris.

“Come, come, hey buddy come,” pelawa Zizan, namun anjing itu nampaknya hanya tercegat di situ.

Selepas itu kedengaran suara individu dipercayai abang kepada Zizan yang merakam video itu, atau namanya Hafizan Razak bertanya kalau-kalau anjing itu faham dialek Terengganu.

“Dia pahang dok cakak Ganu? Gi makang, gi makang weh, (Dia faham tak bahasa Terengganu? Pergi makan, pergi makan weh!),” kata Hafizan.

Seakan faham, sebaik sahaja Hafizan mempelawa anjing itu makan dalam bahasa Terengganu, anjing itu terus bergerak ke arah bungkusan makanan diletakkan di atas lantai.

“Ha tengok dia pahang cakak Ganu, ha panda dia (Ha tengok dia faham cakap Terengganu, ha pandai dia),” kata Hafizan lagi.

Video itu dikongsikan menerusi akaun instagram.

“Kasihan dia, sudahlah kaki patah, nak cuba ajar anjing cakap terengganu, nasib baik kau faham cakap terengganu, ke kau memang asal Terengganu?” tulis Hafizan.

Di bawah ini rakaman video berkenaan sila klik untuk menonton.

Antara komen netzen.

Yu Tan – Apa APA pon tindakan BG makan kat binatang kucing ke anjing ke yg sakit Memang Elok sangat sangat.

Cik Bulan Cinta – tak kisahla apapun..jnji perbuatan ni mulia..bg mkn anjing yg tak berupaya..tk pyhla bg komen mngata itu ini tetiba masuk plk bab politik..takda kena mengena..

Tan An Jing – Mungkin time brother ni cakap pergi makan,anjing tu baru nak bergerak ,atau pun ia dah biasa dgn perkataan “pergi makan” di mana sentiasa ada org tempatan bermurah hati beri makan.

sumber:johodaily

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker