TERKINIVIDEO
Trending

Video ‘lipsync’ anak-bapa cecah 8 juta tontonan, dapat reaksi Maroon 5

KETIKA ini, rasanya majoriti daripada anda sudah menyaksikan video lipsync seorang bapa bersama anak perempuannya yang tular sejak beberapa hari lalu.

Video itu dikongsi si ibu, Trina Wesson, di akaun Instagram @mydarlingmyla yang memiliki lebih 300,000 pengikut.

Selepas dimuat naik Ahad lalu, video itu sudah menerima lebih 8 juta tontonan!

Menerusi video itu, Myla, dua tahun, dilihat melakukan gerakan bibir atau lipsync lagu dendangan Maroon 5, Girls Like You, bersama bapanya di hadapan cermin di bilik air.

Apa yang menarik perhatian adalah gelagat Myla yang nampak benar-benar dapat mengikuti setiap patah perkataan di dalam lagu berkenaan.

Video itu turut mendapat perhatian Maroon 5 sendiri yang bukan setakat ‘like’ video tersebut, tetapi tidak ketinggalan meninggalkan komen.

“Ini sangat bagus,” tulis Maroon 5 di ruangan komen.

Terdapat ura-ura keluarga kecil ini akan muncul di rancangan bual bicara Ellen, gara-gara sambutan luar biasa terhadap video itu.

Wesson, seorang jurugambar yang kini bermaustautin di Oregon, Amerika Syarikat, dan suaminya berkahwin enam tahun lalu dan Myla merupakan anak sulung mereka.

Di akaun Facebook, Wesson yang bakal melahirkan anak keduanya tidak lama lagi, mengucapkan terima kasih di atas sambutan terhadap video itu dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang sangat luar biasa.

“Masih terkejut dengan penerimaan luar biasa orang ramai. Terima kasih, semua ini sangat ‘gila’!” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker