INFORMASI
Trending

Tips Lalu RoadBlock, Jangan Menggelabah

Ramai yang cuak dan menggelabah kalau nampak ‘roadblock’ secara mengejut depan mata betul tak? Kalau anda tak buat salah, buat apa nak takut?

Jangan risau, pihak polis tak akan saman atau tahan kita kalau tiada kesalahan kita lakukan. Tapi, disini ada tips sikit nak kongsi kepada anda semua supaya bersedia sentiasa ketika berhadapan dengan ‘roadblock ini’.

Kalau dah nampak roadblock, jangan segan silu, nak taknak kena lah lalu jugak, kalau lari kan dah malang kalau kena kejar, kereta polis laju, jangan main-main.

Sebelum melalui roadblock korang dah kena sediakan semua dokumen penting seperti IC dan juga lesen memandu. Kalau waktu malam, buka lampu dalam siap-siap.

Turunkan tingkap. Senyum dan bagi lah salam terus bagi umat islam tu, ucap selamat malam bagi yang bukan islam. Terus tunjukkan dokumen-dokumen tadi walaupun tak minta

Dah selesai dan disuruh jalan, ucaplah terima kasih dalam keadaan masih tersenyum. Bukankah elok macam tu, kesimpulannya “Senyum, tak perlu kata apa-apa”.

Jadilah pengguna jalan raya yang bijak, patuhilah undang-undang demi keselamatan kita juga. Buat apa nak susah-susah keluarkan duit semata-mata untuk bayar saman sedangkan kita boleh elak semua tu. ya tak? renung-renungkan lah.

Tags

One Comment

  1. aku kalau jumpa roadblock, memang U-turn punya,'( kalau lari kan dah malang kalau kena kejar, kereta polis laju, jangan main-main)”, eh, hello, aku tak main-main admn, setakat ni,tak de polis berjaya memintas superbike aku. aku tengok paling laju diaorng berani bawa pun 138km/sjm. Nak kejar motor Kawa ZX-14 ni perlu ada skill & Berani!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker