ISU SEMASA

Ramal Tempoh PKP Hingga Syawal, Hazeman Huzir Simpan Impian Mahu Sambut Raya Lagi Dengan Orang Tua 2021 – “Kebenaran Pahit Yang Kita Sorok Jauh Dilubuk Hati Dan…,”-

Memasuki minggu ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai di antara kita yang berharap agar tempoh kuarantin ini akan segera berakhir supaya dapat menjalani rutin harian seperti sedia kala. Okay 

Namun, berbeza pula bagi hos, Hazeman Huzir apabila dia berpendapat kemungkinan tempoh kuarantin ini akan berlanjutan sehingga keadaan pulih sepenuhnya.

Menurut Hazeman, rakyat Malaysia harus menerima kebenaran pahit ini kerana ia adalah demi kebaikan bersama.

“Ini kebenaran pahit yang kita sorok jauh dilubuk hati and lebih selesa to be in denial.

“PKP akan kena sambung sampai benda dah takde,” tulisnya.

Perdapat tersebut dikongsikan di laman Twitter miliknya.

Tambah Hazeman lagi, dia lebih rela tiada sambutan hari raya pada tahun ini daripada risikolam kesihatan orang lain lebih-lebih lagi kedua orang tuanya.

“Mungkin sampai puasa. Mungkin raya takde.

“I’d rather have that than my old parents gets infected.

“Aku nak lagi beraya ngan dorang tahun 2021,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan.

Ramal Tempoh PKP Hingga Syawal, Hazeman Huzir Simpan Impian Mahu Sambut Raya Lagi Dengan Orang Tua 2021 - “Kebenaran Pahit Yang Kita Sorok Jauh Dilubuk Hati Dan…,”- 2

Ramal Tempoh PKP Hingga Syawal, Hazeman Huzir Simpan Impian Mahu Sambut Raya Lagi Dengan Orang Tua 2021 - “Kebenaran Pahit Yang Kita Sorok Jauh Dilubuk Hati Dan…,”- 3

Terdahulu, kerajaan telah pun melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula daripada 31 Mac lalu sehinggalah 14 April 2020.

Sumber: Twitter Hazeman Huzir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close