Tak Sangka Ini Rupanya 11 Golongan Yang Dijanjikan Allah Masuk Syurga Tanpa Hisab

Semua orang ingin memasuki syurga sebagai matlamat destinasi yang terakhir. Bertuahnya kita jika termasuk didalam 11 golongan yang dijanjikan masuk Syurga ini.. malah dibangkitkan dengan muka penuh bercahaya seperti bulan purnama. Allahu Rabbi..

Tak sangka, rupanya terdapat 11 golongan yang dijanjikan Allah masuk ke Syurga tanpa hisab! Menurut hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber dari Ibnu Abbas r.a, terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang akan masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab. Ia terbahagi kepada 11 golongan manusia ini dan dikatakan akan mempunyai muka bercahaya seperti bulan purnama. Siapakah 11 golongan manusia yang akan masuk syurga tanpa hisab itu?

Tak Sangka Ini Rupanya 11 Golongan Yang Dijanjikan Allah Masuk Syurga Tanpa Hisab 2

1. Ahli As-Sabr (Ahli Kesabaran)

Golongan yang sentiasa bersabar menjalani suruhan dan sentiasa taat kepada Allah. Mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari melakukan makslat.

2. Ahli Al-Fadl (Ahli Kemuliaan)

Golongan ini adalah orang yang bersabar menanggung kes4kitan apabila dizalimi dan diperb0dohkan dan mereka senantiasa memaafkan segala kejahatan yang dilakukan terhadap mereka.

3. Berjiran Kerana Allah

Golongan ini akan saling berziarah dalam berkasih sayang kerana Allah. Mereka yang duduk dan bangun bersama-sama dengan saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang meningg4l dalam perjalanan ke Mekah, tidak kira pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)

5. Golongan yang senantiasa menuntut ilmu yang membawa ke jalan Allah, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa. (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

Tak Sangka Ini Rupanya 11 Golongan Yang Dijanjikan Allah Masuk Syurga Tanpa Hisab 3

6. Individu yang dalam perjalanan hendak menunaikan hajat saudara seislamnya sehingga tertunai hajat tersebut dan meninggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7. Individu yang mengasuh kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”. (hadis sumber daripada A’isyah r.a)

Tak Sangka Ini Rupanya 11 Golongan Yang Dijanjikan Allah Masuk Syurga Tanpa Hisab 4

8. Orang Islam lelaki dan perempuan yang meningg4l pada malam dan siang hari jumaat. (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9. Hamba Allah yang bersabar dengan ujian bala bencana pada tubuhnya ataupun pada tubuh anaknya. (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10. Individu yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan demi mendapatkan ganjaran Allah. (Ibn Mas’ud)

11. Orang yang m4ti syahid mempertahankan agama Islam.

Al-Hakim dan Al-Baihaqi mengeluarkan hadis bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dapat masuk ke syurga tanpa hisab ini.

Sumber: islamituindah.com.my

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Anda juga boleh Like Page Kami Juga Di Facebook untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik.