Sungguh hebat persembahan pada malam ini malah kumpulan masing-masing sangat kreatif dengan idea yang mantap sehingga membuatkan ramai yang tercuit hati.
Antara kumpulan yang berjaya ke final adalah Taman, Puteh, Zero, Shiro dan Bocey. Malam ini merupakan malam terakhir bagi rancangan Maharaja Lawak Mega 2018 dan kumpulan Shiro bergelar juara pada kali ini.
Manakala bagi kumpulan Bocey di tempat kedua dan Zero pula memenangi tempat ketiga, tempat keempat ialah kumpulan Puteh dan tempat kelima, kumpulan Taman.
Tahniah diucapkan buat kumpulan Shiro
Pengacara bagi rancangan terkenal ini ialah Datuk AC Mizal yang mana telah mengumumkan Kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol telah bergelar juara sekaligus membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM 500,000.
Lanun-lanun Maharaja Lawak Mega 2018 yang layak bersaing di pentas akhir MLM ialah kumpulan Bocey, Shiro, Zero, Puteh dan Taman
Keputusan bagi kesemua finalis Maharaja Lawak Mega 2018 akhir akan diadili dengan format pemarkahan yang mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus dari undian penonton dari aplikasi Tik Tok
Pada malam minggu final Maharaja Lawak Mega 2018, kesemua finalis ditugaskan membuat dua persembahan dengan bertemakan Bebas dan Muzikal Komedi. Berikut adalah senarai keputusan, kedudukan pemenang dan Juara Final Maharaja Lawak Mega 2018 sepertimana yang telah diumumkan secara rasmi.
TARIKH DAN TEMA MLM 2018
|
||
Tarikh/ Masa
|
18 Januari 2019 (Jumaat) / Jam 900 Malam
|
|
Tempat Persembahan
|
Dewan Teater Selangor, Shah Alam
|
|
Saluran
|
Astro Warna (132) dan Mustika HD (134)
|
|
Tema
|
Muzikal komedi dan bebas
|
SENARAI FINALIS MLM 2018
|
KEPUTUSAN PEMENANG DAN JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2018
|
||
KEDUDUKAN | PEMENANG | HADIAH |
Juara | Shiro | |
Naib Juara | Bocey | |
Ketiga | Zero | |
Keempat | Puteh | |
Kelima | Taman | |