ISU SEMASA

Selamat Jalan Moey, Perjalanan terakhir Yun Peng diiringi tangisan

BUTTERWORTH: Mayat mendiang Moey Yun Peng, 20, pemandu kereta pelbagai guna (SUV) Mazda CX5 yang maut dalam kemalangan di KM 4.0 di Jambatan Pulau Pinang Ahad lalu sempurna dibakar dan disemadikan di Krematorium Berapit, Bukit Mertajam jam 11.45 pagi tadi.

Kesemua keluarga dan rakan mendiang tidak dapat menahan kesedihan ketika hadir memberi penghormatan terakhir mereka di situ.

Mayat mendiang tiba pada jam 11.30 pagi sambil diiringi saudara lelaki dan perempuan mendiang.

Sebelum itu, hampir 200 ahli keluarga dan rakan melakukan upacara keagamaan dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di rumah mangsa di Taman Kempas, Butterworth.

Dalam kejadian 2.54 pagi Ahad lalu, kenderaan yang dipandu Yun Peng, seorang penuntut kolej swasta, terjunam ke laut selepas berlanggar dengan sebuah kereta lain jenis Toyota Vios dalam kemalangan di KM 4.0, Jambatan Pulau Pinang.

Susulan itu, pihak berkuasa mengambil masa lebih 24 jam untuk mengeluarkan kenderaan dan mayat Yun Peng dari dasar laut.

Mayat dan kenderaan mendiang kemudian berjaya dibawa naik dan dikeluarkan jam 6.07 petang kelmarin.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker