ISU SEMASA

“Saya Tak Minum Arak Dan Hisap Rokok Bukan Untuk Jaga Kesihatan Tetapi Kerana…” – Kenyataan Khabib Ini Buat Musuh Gerun

Satu sisi menarik mengenai juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov pastinya berkisar mengenai kehidupan peribadinya yang jarang dikongsi dengan umum.

Memiliki seorang isteri dan dua anak, dia tidak gemar berkongsi kisah hidupnya dengan orang ramai.

Setiap kali pulang ke kampung halaman, Khabib tinggal bersama dengan isteri, anak, ibu dan bapanya di sebuah apartmen.

Selain berlatih, dia tidak melupakan ibadah dan gemar mendengar muzik Rusia.

Sewaktu ditemui Los Angeles Times suatu ketika dahulu, Khabib menegaskan agama dan iman adalah perkara terpenting dalam hidupnya.

“Kamu pergi ke masjid sebab tiada sesiapa pun fikir diri mereka sememangnya sempurna.

“Semua orang buat silap dan mesti pohon keampunan dengan Allah. Kita harus bersikap jujur dan ia adalah perkara paling penting dalam hidup,” kata Khabib.

Malah, dia juga mahu menjadi inspirasi yang baik kepada golongan muda di luar sana.

“Saya lihat Nate Diaz menghisap ganja dalam TV. Saya tak mahu anak-anak saya hisap ganja.

“Ada sebab kenapa kita ada di sini. Saya tak hisap rok0k dan minum.

“Bukan kerana saya jaga kesihatan untuk kerjaya sukan tetapi kerana saya Muslim,” ujarnya lagi.

Menerusi temubual itu, Khabib mengakui takut kerana tidak tahu bila masanya dia akan meninggal dunia.

“Saya ada keluarga, anak, kawan dan kerjaya. Saya dah umur 30. Berapa lama saya akan hidup?

“Saya tak nak hidup gila-gila. Saya percaya apabila meninggal dunia nanti, Allah akan soal segala perbuatan saya,” katanya lagi. – Heavy.com.

Sumber: mstar.com.my

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker