SELEBRITI

Rupanya Inilah Sebab Kukuh Memey Suhaiza Mula Bertudung dan Istiqamah. Barakallahu fikum

Sebak mendegar luahan hati Memey Suhaiza berkongsi tentang bagaimana Abby Abadi menasihati dan mengajaknya untuk bertudung dalam sebuah program perkongsian Keluarga Sunnah bersama penceramah terkenal Ustaz Ebit Lew di laman instagram.

“Saya masih ingat lagi satu moment sebelum saya dan Abby berbaik. Kali pertama kami bertemu dan bersalaman, Abby memeluk saya dan bercakap ‘Kalau sayang suami, pakai tudung’. Nasihat daripada Abby memberi kesan kepada saya dan sentiasa bermain diminda kerana sebelum ini suami memberi kelonggaran untuk tidak bertudung”, cerita Memey tentang detik yang penuh rahmat itu.

 

Walaupun perkara tersebut sering bermain difikiran Memey, namun dia terpaksa melupakan hasratnya untuk bertudung pada ketika itu atas sebab tuntutan kerja sebagai seorang pelakon. Namun, dikurniakan dengan suami yang sentiasa memberikan dorongan dan tauladan yang baik, Memey berasa bersyukur.

“Saya tahu sebenarnya Norman inginkan saya bertudung. Dia sering menjadi role model untuk saya berubah ke arah yang lebih baik. Norman tidak pernah tinggalkan solat fardhu. Bahkan, solat sunat seperti Dhuha dan Tahajud juga menjadi rutin amalan hariannya yang sentiasa ditunjukkan di hadapan saya”, jelas Memey sebak.

 

Walaupun sebelum ini kisah rumah tangga mereka pernah menjadi perhatian, Memey dan Abby mengambil jalan untuk berbaik untuk bersatu bersama anak dan suami masing-masing membentuk sebuah keluarga besar yang harmoni dan dipenuhi dengan ilmu agama yang secukupnya.

“Alhamdulillah, saya memang dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan antara nikmat terbesar yang diberikan kepada saya ialah dapat bersama-sama keluarga ini. Ramai yang mengetahui kisah kami sebelum ini. Bahkan sehingga sekarang masih ada yang bertanya bagaimana saya dan Abby boleh baik dan bahagia sampai macam ni? Saya tak tahu nak menjelaskan keadaan ini macam mana dan hanya menganggap ia sebagai satu nikmat daripada Allah SWT.

 

Jadi saya sentiasa bersyukur kerana sentiasa berada dalam kalangan orang-orang yang boleh dijadikan role model dan dikurniakan anak-anak yang sangat baik”, tambah Memey lagi.

Walaupun keluarga ini melalui pelbagai ujian dan cabaran, mereka sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain tanpa menoleh kembali kisah duka yang berlalu. Kita akan lebih bahagia apabila melupakan kisah lalu dan jadikan ia sebagai satu pengalaman yang mengajar kita untuk menjadi lebih baik.

 

sumber gambar: @memeysuhaiza

Jangan Lupa Komen

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker