INFORMASI

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung

MasyaAllah, cantik sungguh rumah kampung ni bila dah renovate kaw-kaw. Dari luar nampak biasa, masuk dalam konfem jatuh hati.

Rumah kampung yang ditinggalkan tak berpenghuni ini asalnya rumah bekas arwah nenek yang terletak di Tuaran, Sabah, Tuan Asri Meris Anthony. Idea transformasi, mengubah kediaman kampung menjadi rumah kedesaan Inggeris yang ohsem ini dilakukan oleh beliau dan isteri dengan daya imaginasi yang luar biasa dan kos material serba sederhana.

“Kami berkongsi beberapa gambar dari awal transformasi bermula sehingga ke hari ini, bukan untuk riak atau menunjuk. Tapi kami gembira dapat berkongsi idea transformasi kami yang mana diharap dapat memberi inspirasi kepada rakan yang lain.

“Ramai yang tanya budget keseluruhan renovate ini tapi kami tak ada jumlah atau budget yang khusus sebenarnya. Ini kerana kami membuat renovasi bila ada budget lebih dan ianya sedikit demi sedikit.

“Ini kerana kami bukanlah golongan ada-ada yang meletakkan budget selepuk untuk keseluruhan kos transformasi. Cukup dengan menggunakan daya imaginasi yang agak tinggi untuk menghasilkan apa yang diidamkan dengan material kos sederhana.”

Pasangan suami isteri ini, Tuan Asri Meris Anthony dan Puan Siti Rohani kerap kali ke luar negara, dalam penjelajahan itulah mereka memperoleh idea dekorasi kediaman. Setelah mendapat pekerjaan di Sabah, mereka mula menetap di rumah yang ditransformasikan itu. Pasangan ini juga merupakan admin group Kelab Deco Deco Rumah (KDDR) dan mereka banyak berkongsi tip dan informasi dekorasi dalam grup berkenaan.

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 2

Kronologi Transformasi Pada Setiap Gambar (Rujuk Tarikhnya)

Struktur Asal Dan Setelah Dicat Semula

Ini adalah struktur asal dan setelah dicat semula. Warna asal rumah ini adalah warna kuning lembut. Banyak kayu struktur asal telah reput dan rosak, terutamanya bahagian dinding dan tangga. So agak memerlukan kesabaran sedikit untuk memperbaiki setiap satu bahagian terutamanya bahagian dinding dalam.

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 3

Meratakan Tanah Bahagian Bawah Rumah

Proses kedua selepas mengecat adalah meratakan tanah di bahagian bawah rumah. Dalam masa yang sama juga kami menukarkan tingkap asal kepada yang lebih moden dan selari dengan tema “Inggeris” yang diidamkan.

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 4

Proses Tukar Tingkap

Hampir semua tingkap di setiap ruang ditukar dan ini memerlukan proses yang agak memakan masa kerana tukang ukur akan mengukur setiap satu tingkap dan membuat tingkap tersebut di kilang mereka selama hampir sebulan sebelum proses pemasangan bermula. Kami memilih frame putih dan clear glass yang mana bersesuaian dengan konsep English.

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 5

Membuang Kayu-kayu Reput

Proses pemasangan tingkap siap dan dalam masa yang sama beberapa kayu yang reput di bahagian dalam rumah mula ditukar kerana banyak struktur kayu yang telah reput.

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 6

Proses Menukar Pintu

Proses penukaran kayu yang reput di dalam rumah hampir siap & pada masa yang sama proses penukaran semua pintu bermula.

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 7

Proses Pembuatan Tangga Dan Balcony Bermula

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 8




Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 9

Proses Menghias Ruang Balcony

Masa ni sangat-sangat excited sebab walaupun balcony dan tangga masih belum siap tapi keterujaan ingin menghias ruang balcony telah bermula.. hehehe.. Wiring lampu pun sudah mula dipasang.

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 10

Proses Pemasangan Dan Menunggu Proses Railing, Atap bahagian balcony dalam proses pemasangan & menunggu proses railing.

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 11

Siap Pemasangan Railing

Setelah pemasangan railings siap, hati mula berbunga-bunga cinta sebab gambaran design balcony & tangga yang diidamkan semakin nampak jelas.. hehehe

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 12

Proses Memasang Tiles

Masa ni pemasangan tiles di bahagian balcony & tangga sudah mula dipasang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan.

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 13

Inspirasi Konsep Shabby & Cottage

Alhamdulillah.. Setelah ruang balcony siap, pelbagai eksperimen dibuat utk menata rias ruang kecil ini. Semuanya adalah terinspirasi dari konsep “shabby & cottage”.

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 14

Menghias Ruang Tamu

Ini adalah ruang tamu kami yang sekangkang kera.. walaupun kecil tapi ianya dihias dengan penuh kasih sayang sehingga menjadi ruang favourite seisi keluarga.

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 15

Ruang Balcony Dihias Mengikut Mood Tuan Rumah

Ruang balcony sentiasa bertukar wajah dan berubah mengikut mood.. hehehe

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 16

Hasilnya Memang Luar Biasa!

Tadaaaaaa… Inilah hasilnya.. Walaupun bukanlah segah rumah banglo atau istana, tak semewah rumah orang lain, tapi Alhamdulillah kami happy dapat mengubah rumah yang pada asalnya terbiar lama & hampir reput berubah kepada istana impian kami sekeluarga yang penuh dengan kasih sayang.. hehehehe

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 17

Transformasi Paling Latest

Yang ni yang paling latest. Saja lari sikit dari konsep “all white”.. sebab inginkan kelainan & inginkan suasana sedikit elegan dengan menerapkan warna ‘royal blue’ terutamanya pada kain langsir.

Luar Serius Macam Rumah Kampung Biasa Je, Tapi Bila Dah Masuk Dalam Memang Tak Dijangka Langsung 18

Tinggal komen yang baik-baik sahaja ya. Like page dePalmaSP.

Sumber/Foto: Asri Meris Anthony via Mingguan Wanita

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker