Suami Isteri OKU Redah Lebuhraya Melebihi 70km Bawa Bayi untuk Checkup di Hospital

Bukan semua insan dilahirkan untuk terus hidup dalam kesenangan. Ada yang diuji dengan kesusahan wang ringgit dan ada pula yang diuji dengan kelainan upaya (OKU).

Tayar motosikal kempis di lebuh raya

Menerusi satu perkongsian yang dicoret oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Zairul Eizam yang mendapat perkongsian melebihi 20 ribu, dia telah menceritakan situasi bertemu pasangan suami isteri OKU pendengaran menaiki motosikal bersama dua orang anak yang masih kecil ketika waktu mahgrib.

Suami Isteri OKU Redah Lebuhraya Melebihi 70km Bawa Bayi untuk Checkup di Hospital 2

Lebih menghibakan, tayar motosikal yang ditunggangi oleh mereka kelihatan sedikit kempis sehingga menjadikan motor kelihatan tak stabil.

Suami Isteri OKU Redah Lebuhraya Melebihi 70km Bawa Bayi untuk Checkup di Hospital 3

Pasangan OKU berhubung guna bahasa isyarat

Lelaki tersebut bertanya kepada pasangan tersebut kemana arah perjalanan mereka, namun masing-masing seolah terpinga dengan butiran pertanyaan itu. Apabila disedari, rupanya mereka adalah pasangan kelaianan upaya (OKU).

Suami Isteri OKU Redah Lebuhraya Melebihi 70km Bawa Bayi untuk Checkup di Hospital 4

Secara kebetulan, seorang pakcik tampil memberi bantuan dan sama-sama membawa pasangan tersebut dengan anak-anak mereka ke pam minyak berhampiran untuk mengisi angin ke tayar motosikal.

Pergi ke hospital buat pemeriksaan anak

Suami Isteri OKU Redah Lebuhraya Melebihi 70km Bawa Bayi untuk Checkup di Hospital 5

Sesampai ke tempat yang dituju, rupanya pasangan OKU ini tinggal di sebuah rumah flat dan terpaksa berulang-alik ke hospital bagi melakukan pemeriksaan keatas anak kedua mereka yang masih bayi kerana turut mengalami masalah pendengaran.

Suami Isteri OKU Redah Lebuhraya Melebihi 70km Bawa Bayi untuk Checkup di Hospital 6

Sehubungan dengan situasi yang dihadapi oleh Zairul Eizam itu, dia bertekad untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut. Dia juga turut meminta izin mencoretkan pertemuan mereka disamping berharap ada pihak-pihak tertentu tampil menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka.

Suami Isteri OKU Redah Lebuhraya Melebihi 70km Bawa Bayi untuk Checkup di Hospital 7

Sumber: Facebook Zairul Eizam