ISLAMISU SEMASA

Hukuman Bagi Orang yang Ponteng Puasa Sepanjang Bulan Ramadhan

Awal Ramadhan bakal menjengah umat Islam dalam beberapa hari saja lagi dan kita diwajibkan berpuasa selama sebulan bermula dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari berserta niat.

Di Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan melaksanakan pemantauan dan juga penguatkuasaan sepanjang bulan Ramadan dalam memastikan kesucian bulan itu terpelihara. Pihak JAIS akan memantau premis yang menjual makanan kepada umat Islam secara terbuka atau di tempat awam pada waktu siang.

Ini termasuklah menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa. Adalah menjadi satu kesalahan apabila individu beragama Islam didapati menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap sepanjang bulan Ramadan.

Individu yang melakukan kesalahan boleh disabitkan di bawah Seksyen 19, Tidak Menghormati Ramadan, Enakmen 9 Tahun 1995 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Selain itu, Bahagian Pengurusan Halal juga akan memastikan tiada individu atau premis syarikat yang mengambil kesempatan dalam mempromosikan hidangan berbuka puasa ‘Bufet Ramadan’ tetapi tidak memiliki Pensijilan Halal yang diiktiraf JAKIM.

Orang awam boleh menghubungi pihak JAIS di talian 03-55143760/3486 bagi melaporkan sebarang keraguan terhadap Sijil Pengesahan Halal yang dipamerkan di premis-premis makanan bagi membanteras penyalahgunaannya.

SUMBER – ProjekMM

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker