ISU SEMASA

Timbalan Perdana Menteri Dedah Perbuatan Agong Ini Yang Dia Akan Ingat Sampai Bila-bila

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kesedihannya susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Beliau berkata ini kerana tuankulah yang berkenan memberi pengampunan penuh kepada suaminya Anwar Ibrahim.

Namun beliau berkata kerajaan menghormati keputusan itu.

” Kita menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Namun saya sedih kerana ketika kita (mula) memerintah, tuanku adalah Agong ketika perdana menteri (dan anggota kabinet) mengangkat sumpah ketika pertukaran kerajaan yang bersejarah.

“Agong juga yang memberi pengampunan kepada suami saya,” katanya kepada pemberita ketika program di Universiti Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur malam ini.

Peletakan jawatan Sultan Muhammad V diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz menerusi kenyataan media Istana Negara petang tadi.

Ketika ditanya sama ada kerajaan tahu tentang perkara itu, Wan Azizah berkata mereka hanya dimaklumkan melalui kenyataan tersebut.

Sultan Muhammad V – Sultan Kelantan ke-29 – ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember 2016, menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dari Kedah.

Anwar sebelum ini menjalani hukuman penjara sehinggalah diberi pengampunan penuh oleh Sultan Muhammad V pada 16 Mei, seminggu selepas Pakatan Harapan (PH) menang PRU ke-14.

Timbalan Perdana Menteri Dedah Perbuatan Agong Ini Yang Dia Akan Ingat Sampai Bila-bila 2

Terdahulu, pada 16 Mei 2018, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah menitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan dan diberi pembebasan serta-merta.

Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam kenyataan dari Istana Negara, Kuala Lumpur.

Wan Ahmad berkata rayuan pengampunan itu dibentang dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-51.

Beliau juga berkata seri paduka menitahkan perkara itu setelah dinasihatkan lembaga berkenaan.

Anwar sebelum itu mengadap agong yang berkenan menerima kunjungannya, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali.

Anwar juga dilihat melangkah keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur, tempat beliau mendapatkan rawatan ketika ditahan dan menuju ke Istana Negara.

Berdasi hitam dengan tali leher, Anwar kelihatan berjalan menuju ke kereta sambil tersenyum dan melambai kepada petugas media dan penyokong yang mengerumuninya.

Anwar sepatutnya dibebaskan pada 8 Jun depan tetapi keputusan pilihan raya umum minggu lepas yang menyaksikan kemenangan partinya PKR yang bergabung bersama Pakatan Harapan, mengubah segala-galanya.

Timbalan Perdana Menteri Dedah Perbuatan Agong Ini Yang Dia Akan Ingat Sampai Bila-bila 3

Beliau sebelum ini dipenjarakan setelah disabitkan bersalah melii-wat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar menafikan tuduhan itu dan menyifatkan beliau menjadi mangsa pertuduhan dan konspirasi politik.

Sumber : Malaysiakini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker