ISU SEMASA

Selepas Tun M Kata Jumlah Penjawat Awam Perlu Dikurangkan, Ini Pula Respon Muhyiddin Yasin

Jumlah penjawat awam seramai 1.7 juta terlalu besar dan perlu dikurangkan, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri, jumlah berkenaan meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003.

“Apabila saya letak jawatan jumlah anggota pentadbiran hanya satu juta sahaja sekarang sudah meningkat kepada 1.7 juta, peningkatan sebanyak 700,000 lagi.

“Saya berpendapat bahawa saiz pentadbiran kita itu terlalu besar, sebaliknya dengan menggunakan teknologi maklumat, komputer dan sebagainya kita boleh kurangkan saiz ini,” katanya dalam sesi soal jawab ketika mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan, di sini pada Khamis.

Ini jawapan Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bermaksud pengurangan bilangan penjawat awam perlu dilakukan dengan segera, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, Dr Mahathir sebaliknya mahukan perkara itu dikaji dan dilaksanakan pada masa akan datang, dalam usaha mengecilkan jumlah bilangan penjawat awam yang kini mencecah 1.7 juta orang.

Muhyiddin berkata, beliau sendiri tidak akan bersetuju sekiranya perkara itu mahu dilakukan secara tergesa-gesa.

“ Saya fikir penjawat awam bijak. Saya kira elok kita semua baca (laporan media) itu secara teliti. Perdana Menteri tak kata kurangkan begitu, kerana dia ada jelaskan mungkin ada anjakan baru, perubahan, proses industrialisasi, kena baca dalam konteks yang lebih luas.

“ Saya sendiri tak setuju kalau dia nak kurangkan hari ini kerana pegawai kerajaan masih penting. Jadi fasa itu masih panjang,” katanya kepada sidang media di Bilik Gerakan Utama DUN Semenyih Pakatan Harapan di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir bahawa jumlah penjawat awam perlu dikurangkan.

Ditanya sama ada kenyataan itu akan mempengaruhi sentimen pengundi di DUN Semenyih, Muhyiddin berkata, beliau percaya mereka tidak akan terpengaruh dengan tindakan sesetengah pihak yang mempolitikkan perkara itu.

Cuepacs minta PM kekalkan, kerana…

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengekalkan jumlah penjawat awam sedia ada.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata saiz itu bertambah berbanding 17 tahun lalu seiring jumlah rakyat Malaysia yang semakin meningkat.

” Kalau kita lihat selepas Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003, dalam tempoh 17 tahun ini banyak hospital baharu dibina dan kakitangan baharu diambil. Banyak juga sekolah baharu dibina dan banyak guru-guru baharu diambil.

” Selain itu, terdapat juga pertambahan bagi polis dan tentera atau dalam kata lain peningkatan bagi semua empat cabang perkhidmatan yang kini mencecah 1.1 juta orang.

” Lain-lain kementerian, jabatan dan agensi dalam 500,000 lebih sahaja,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Mengulas lanjut katanya, angka 1.7 juta penjawat awam merentas pelbagai sektor itu adalah angka yang munasabah bagi sebuah kerajaan yang mementingkan rakyat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber: astroawani

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker