ISU SEMASAVIDEO

Penduduk Terkejut Apabila Ombak Tinggi Seperti Tsuna-mi Menghempas Apartment Mereka. Rakaman Kejadian Disediakan

Ombak besar menghempas balkoni sejumlah apartment dan bangunan tinggi lain di sekitar pesisir pantai utara Tenerife. Tenerife adalah pulau terbesar dari Kepulauan Canary milik Sepanyol.

Video Disediakan Di Bawah Artikel

Menurut laporan media tempatan, 39 warga Tenerife dipindahkan dari tempat tinggal mereka setelah ombak membadai kawasan perumahan itu. Setakat ini tidak ada laporan mengenai kemalangan jiwa dalam kejadian ini.

Dipetik dari laman Sky News, 19 November 2018, rakaman video di media sosial oleh orang awam dikenali sebagai Nelson Acosta memnunjukkan ombak besar menerjang salah satu sisi sebuah apartemen. Pejabat berita Huffpost Spain melaporkan, pesisir selatan Tenerife juga dilanda ombak yang luar biasa tinggi.

Gelombang di pesisir selatan Tenerife dilaporkan turut merosakkan sejumlah bangunan di restoran sebuah hotel. Ombak menghentam ketika sejumlah orang sedang menikmati hidangan.

Seorang pengguna Twitter turut menyedari bahaya mengambil gambar gelombang tinggi itu namun dia dan beberapa orang lain menganggap ombak besar itu sebagai pemandangan “spektakuler dan indah.”

Badan Meteorologi Sepanyol mengatakan tahap bahaya gelombang tinggi di Kepulauan Canary telah diturunkan. Kerajaan Sepanyol yakin tahap bahaya ini tidak akan bertambah lagi sepanjang minggu ini.

Peristiwa serupa juga dilaporkan terjadi di Maroko. Ombak setinggi enam meter melanda pesisir Maroko pada minggu lepas.

Pihak berkuasa Maroko mengatakan tiupan angin kencang hingga mencecah lebih dari 100 kilometer sejam merupakan penyebabnya.

Rakaman Ombak Setinggi 40 Kaki

Video 1

Video 2

Laporan Berita Antarabangsa

Komen FB

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker