ISLAMKISAH

Pemuda Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tetapi Quburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit

Apa amalan beliau? lepas baca anda mungkin akan terkejut & tidak sangka.. SEMOGA BERMANFAAT…

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perquburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba dia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah qubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit keta kutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan qubur ini adalah qubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas qubur yang bercahaya itu.

Keesokannya, lelaki itu datang lagi ke kawasan perquburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidik dan ingin mengetahui ku bur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau wali Allah atau alim ulama atau orang soleh yang terkenal?

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah qubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah sima ti dan bertemu dengan isterinya lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diqubur suaminya.

Anehnya isteri sima ti terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, bukan juga imam, bukan muazzin, bukan guru Al-Qur’an.

Malah suaminya tidak pandai membaca Al-Qur’an dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Al-Qur’an.

Perkara ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri sima ti.

Akhirmya lelaki itu bertanya, apakah perkara-perkara pelik yang sima ti selalu lakukan dalam kehidupan hariannya.

Akhirnya isteri arwah tersebut teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si ma ti, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam, suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al-Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek Al-Qur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan dia seorang yang buta. Dia akan mera ba-ra ba ayat-ayat Al-Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri sima ti lagi, dia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-Mu. Janganlah Engkau hukum aku di atas kebo dohanku ini.”

“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahanku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu“.

“Wahai Kalaamullah, janganlah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Tuhan diakhirat nanti”.

Cerita isteri sima ti lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al-Qur’an, buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al-Qur’an kesayangan suaminya itu.

Benar dan sangat mengharukan apabila dia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.

Marilah kita menghidupkan Al Qur’an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa.

Subhaanallah.

Sumber: sayaphitam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker