SELEBRITI

Netizen Puji Kecomelan UMAIRAH, Iras Wajah Ibu Saudaranya Dato’ Sri Siti Nurhaliza!

Semalam, berlangsungnya majlis pernikahan dan persandingan adik perempuan kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Siti Nursairah Tarudin. Menggunakan khidmat perunding perkahwinan, Villa Busainna dan dekorasi dari Wedding Galore Sdn Bhd, perkahwinan Sairah bersama Mohd Sharidan Johari ini juga diserikan dengan kehadiran ahli keluarga dan beberapa rakan artis terdekat.

Netizen Puji Kecomelan UMAIRAH, Iras Wajah Ibu Saudaranya Dato’ Sri Siti Nurhaliza! 2

Selain tarikan majlis yang serba indah dan meriah, telatah comel anak-anak Sairah turut menarik perhatian. Paling mencuri tumpuan adalah anak sulung Sairah yang kini berusia 7 tahun iaitu Ummi Umairah atau Umai. Anak kecil ini kian menjadi bualan ramai apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut memuat naik gambar bersama Umai yang jelas menunjukkan kemiripan wajah mereka berdua.

Netizen Puji Kecomelan UMAIRAH, Iras Wajah Ibu Saudaranya Dato’ Sri Siti Nurhaliza! 3

Dua orang lagi anak Sairah ialah Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy. Masing-masing berumur lingkungan 6 dan 4 tahun.
Mengimbas kembali momen Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama Umai, kanak-kanak perempuan ini juga pernah muncul dalam sebuah program TV bersama ibu saudaranya itu sekitar empat tahun lalu.

Netizen Puji Kecomelan UMAIRAH, Iras Wajah Ibu Saudaranya Dato’ Sri Siti Nurhaliza! 4

Malah, kalau mengikuti Instagram penyanyi nombor satu negara ini pasti anda sedar minat Umai yang gemar berdandan dan pandai menyanyi. Barangkali kerana darah seni yang mengalir dalam dirinya. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Mungkinkah puteri Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang bakal lahir Mac ini ada iras wajah Umai? Sama-sama kita nantikan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker