Muslim Uyghur Dipaksa Makan Babi Dan Minum Alkohol Untuk Sambutan Raya Tahun Baru Cina

Pihak berkuasa China dilaporkan memaksa umat Islam di rantau Xinjiang untuk makan daging babi dan minum alkohol semasa cuti tahun tahun baru cina di negara itu di ketika isu penindasan keras terhadap Muslim masih lagi panas, memetik laporan The Independent (07/02/2019).

Penduduk yang tinggal di wilayah autonomi Kazakh Ili telah dijemput untuk acara menandakan perayaan dan diberitahu mereka boleh dibawa ke kem pendidikan semula (kem yang dikendalikan secara rahsia dan di luar sistem perundangan) jika mereka tidak mengambil bahagian, menurut Radio Free Asia (RFA).

“Penduduk Kazakh di Xinjiang tidak pernah (makan daging babi). Bermula tahun lalu, sesetengah orang telah dipaksa makan daging babi supaya mereka boleh merayakan perayaan yang dirayakan oleh bangsa Han,” menurut stesen yang dikendalikan oleh kerajaan AS memetik seorang penduduk di laman webnya.

Memakan daging babi adalah dilarang keras dalam Islam.

Pegawai ditugaskan untuk memberikan daging babi secara terus kepada isi rumah Muslim dan menegaskan bahawa hiasan tahun baru Cina tradisional perlu dipamerkan di luar, kata laporan RFA.

Laporan terdahulu yang diterbitkan oleh NGO Kristian, ChinaAid, mendakwa pada Februari 2018 umat Islam di Xinjiang telah dipaksa mengambil bahagian dalam perayaan tahun baru, yang termasuk makan makanan yang mereka tidak dapat sediakan sendiri dan kandungan makanan yang mereka tidak dapat pastikan.

Turut juga dilaporkan pada bulan Oktober lalu bahawa pegawai di ibukota Xinjiang, Urumqi, telah melancarkan kempen menentang produk halal.

China kononnya mahu menangani ekstremisme dan pemusnahan anti-separatisme di Xinjiang yang diduduki oleh Muslim, sebuah wilayah autonomi yang menempatkan penduduk etnis Uighur dan Kazakh.

Kumpulan hak asasi dan pemerintah luar telah mendakwa Beijing secara sistematik melakukan layanan buruk terhadap Muslim di wilayah itu, dengan mengatakan sehingga satu juta orang ditahan di kem-kem pendidikan semula di mana mereka dipaksa untuk belajar propaganda Parti Komunis dan mengabaikan kepercayaan mereka sendiri.

Bekas tahanan mendakwa mereka dipaksa memakan daging babi dan meminum alkohol ketika di dalamnya.

Pegawai Han dan orang awam dilaporkan telah dihantar untuk hidup bersama keluarga Muslim untuk tujuan pengawasan, dan Beijing telah melancarkan rancangan untuk membawa Islam di bawah pengaruh budaya Cina dalam masa empat tahun.

China telah menggelar kem ini sebagai “pusat pendidikan vokasional”, menegaskan bahawa ia melindungi agama dan budaya etnik minoriti itu dan langkah-langkah keselamatan di Xinjiang diperlukan untuk menentang kumpulan yang menghasut keganasan.

Kumpulan termasuk Human Rights Watch dan Amnesty International merayu kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk menghantar misi mencari fakta antarabangsa ke rantau ini.