PETUA

Mulai Hari Ini Simpan Kulit Telur dan Ikuti Petua Ini Untuk Halau Lipas Dan Haiwan Perosak Di Rumah Anda

“Stress betul dengan lipas dan semut dekat rumah ni, lagi-lagi kat dapur. Memang ber’parti’lah diorang bila kita terlupa nak simpan makanan atau ada stok yang dah lama tak perasan. Apa petua halau lipas, semut, dan semua serangga perosak ni ya?”

Serangga dan haiwan perosak memang merunsingkan. Ia bukan saja membuat kita rasa tak selesa, tapi kalau tidak dibanteras habis-habisan ia juga boleh membawa masuk pelbagai bakteria dan kuman ke dalam rumah. Masalahnya, bukan semua rumah boleh menggunakan racun atau bahan kimia, lebih-lebih lagi mereka yang alergik atau ada anak kecil.

Dalam artikel ini, ada 1 petua semulajadi yang mudah tetapi sangat berkesan daripada salah seorang pembaca kami.

Mari ikuti perkongsian selanjutnya di bawah.

HANYA GUNA KULIT TELUR. LIPAS, SEMUT & SERANGGA PEROSAK SEMUA LARI

Syukur alhamdulilah, hari ini saya nak berkongsi petua halau lipas dan segala benda yang merayap di sekitar rumah dengan hanya menggunakan kulit telur.

Kita ada banyak guna telur tapi kulitnya dibuang kan? Sekarang jangan buang lagi sebab ia sangat berguna untuk dijadikan ‘racun’ semulajadi untuk macam-macam serangga dan haiwan perosak seperti lipas, semut, lipan, cicak, anai-anai, tikus, ular, dan apa-apalah yang sewaktu dengannya.

PETUA HALAU LIPAS, SEMUT, DAN HAIWAN PEROSAK MENGGUNAKAN KULIT TELUR

Berikut adalah cara-caranya. Mudah saja.

1. CUCI & KERINGKAN KULIT TELUR

Mula-mula, cuci bersih-bersih dulu kulit telur yang dah digunakan dalam masakan. Kemudian, jemurkan hingga kering.

2. HANCURKAN

Selepas kering, bolehlah ditumbuk kulit telur tadi hingga hancur.

Bila dah siap, taburkan kulit telur ini di kawasan laluan haiwan atau serangga perosak.

3. SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA

Selebihnya, simpan dalam botol untuk dijadikan stok racun perosak.

Nanti bila dah habis, boleh taburkan lagi di tempat tersebut.

JIMATNYA, BOLEH BUAT SEKARANG!

Saya dah cuba buat. Alhamdulillah, semua semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur saya dah tak ada. Saya letak di setiap tepi rumah dan dalam laci kabinet dapur.

Jadi, apa tunggu lagi. Lepas ini boleh cuba petua halau lipas dan haiwan perosak yang dikongsikan ini. Memang mudah, jimat, dan berkesan. Ramai dah cuba.

Silakan share jika bermanfaat ya.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker