KRT

Mengalir Air Mata Bila Tahu Dia Terpaksa Berbohong Kepada Isteri Kata Kereta Rosak

Dalam 2 kilometer nak sampai dia soh aku benti kat tepi jalan..masa Tuh Memang Betul2 Aku saspen..Aku pun benti le. tetiba..”bro,saya nak mintak maaf sesangat dengan bro”. “Apsal?Rupanya??Mengalir Air mata Bila Tahu Dia Terpaksa Berbohong Kepada Isterinya yang kereta rosak

Harus diingatkan dalam kita yang serba serbi hidup dalam kemewahan, masih ramai lagi insan di luar sana yang hidupnya kurang bernasib baik seperti kita. Kisah ini benar-benar membuat diri menginsafi.

Kisah ini telah dikongsikan menerusi sebuah laman Facebook Wong Bo Sie menceritakan seorang lelaki yang dalam perjalanan menjemput anaknya namun sepanjang perjalanan terjadi sesuatu yang tidak diduga.

Ikuti kisah selanjutnya:-

Petang tadi masa aku gi jemput anak, sampai satu tempat tu tenampak le satu kereta berhenti kat tepi jalan. Bonet depan terbukak. Keta rosak le ni (hati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sorang mamat ni tengah bebelek enjin. Dalam kereta aku perasan ada gak penumpangnya. Memandangkan tempat tu ok, aku berenti le..

Masa jalan ke kereta tu, aku nampak dalam kereta tu ada dua pompuan dewasa, seorang budak kecik dan seorang budak lelaki. Mungkin sekeluaga le ni..

“Asalamualaikum bro. Pehal ni?” Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata keta buat hal. Minyak macam tak naik, tetiba mati katanya sambil pegang spana hidup. “boleh saya tengok?” Aku tanya dia. “Bro pomen ke?” Dia tanya aku balik.”tak ahh..tapi saya penah kena cani dulu” aku bagitau dia. “Takpe la bro,gase saya boleh setel ni”. “Oo..ok la kalu cantu” kata aku sambil bepusing nak blah.

Tetiba aku dengar suara pompuan..”masuk ni dah 2-3 orang nak nolong, awak tanak pulak. Tak paham la saya apa masalah awak ni !”

Aku pun pusing balik kat dia. Dalam hati cakap, takkan le sampai minyak kering cani. Setau aku, kalau pun oil pump gosak minyak mesti akan meleleh sesikit dari salur tu bila kita cabut dari oil pump.

Aku mintak masuk keta dia, on kunci dan tengok meter minyak – tak naik langsung!! Meter tu rosak katanya.
Tapi aku perasan, riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cite aku klua dan terus ajak dia cari pomen. Memula dia tanak. Tapi lepas bini dia membebel keta buruk la, tak beguna la, apa la dia pun setuju. Anak lelaki dia ikut sama.

Lepas isi minyak dalam bekas yang memang sentase ade dalam keta aku. Dia nak bayar,tapi aku cakap kang la, macam la beratus..

Mungkin terase nyusahkan aku,dia cakap takyah cari pomen. Dia mintak aku hantar kat keta dia balik. Aku ok je la..dalam 2 kilometer nak sampai dia soh aku benti kat tepi jalan. Anaknya tanya apsal? Dia cuma cakap ada hal nak bagitau aku. Ahh sudah..aku punye la saspen mase tu tuhan je yang tau.

Aku pun benti le..tetiba..”bro,saya nak mintak maaf sesangat dengan bro”. “Apsal?” Aku tanya. Kelopak matanya bekaca digenangi air.

“Sebenarnya saya bohong. Keta saya tak rosak pun bro. Keta saya tu memang habis minyak.” Aku tak dapat cakap apa dah..”Saya memang tade duit nak isi minyak. Saya ingat minyak keta sampai la ke gumah,tapii..” Aku masih diam..”duit bro ni kang pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro..” Aku bagitau dia,pasal duit tu. Takpe aku halalkan.

Dia sambung lagi. “Percaya tak kalu saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya? Demi Allah bro..dekat dua jam kami kat sana tadi. Memang ada dua tiga orang yang benti. Tapi tak buat macam yang bro buat ni. Diowang cuma tanya,tengok sesikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. Alhamdulillah..Allah hantar bro untuk saya.”

“Abang,maafkan babah ye. Babah belom dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tade duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi?” Anaknya angguk kepala.

“Lagi satu,abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal keta kita tu sebab kesian kat abang, kakak dan adik. Ibu taknak anak anak-anaknya susah. Depan pakcik yang baik ni babah buang gase malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa.

Babah malu dengan ibu,malu dengan anak-anak babah. Tapi babah nak abang tau. Babah sentase beusaha untuk senangkan ibu ngan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye.” Katanya lagi dalam sedu sedan. Anaknya terus peluk dia. Dua beranak tu bepelukan sambil menangis. Aku klua keta..Sumpah..Demi Allah,aku pun nanges sama

Sambil lap lap air mata,aku masuk keta balik. Aku hantar dia ke keretanya. Tanganya terus memegang bahu aku. Lepas enjin ketanya hidup,aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya. Pantas dia peluk aku. “Jangan bro,saya dah banyak menyusahkan. Maafkan saya..saya janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi saya ni.” Dia mintak nombo tipun aku.Ndak tak ndak aku bagi.

Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku peluk..aku pesan sikit kat dia. “Nak,belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadat..Besok kalu dah bejaya, jaga babah ngan ibu macam babah jaga nenek sekang. Doa bebanyak supaya babah tu sentase sehat dan tabah”. Sambil aku selitkan duit yang babahnya tanak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya.

sumber : ohkisahtentangkita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker