VIDEO

“Manusia Buat Hal, Cicak Yang Masuk Berita?” – Rakaman Montaj Berita Dijadikan Troll. Lawak Habis!

Zaman dihujung jari sekarang ini, sebaran berita lebih cepat melalui media sosial. Namun kadang-kadang itu ada yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan berita palsu dan ramai pula yang percaya.

Tapi kali ini yang menjadi viral adalah sebuah rakaman sedutan dari salah satu slot berita di sebuah stesyen TV. Menerusi perkongsian HadiHasmadi di Twitter, tajuk berita itu adalah ‘Tindakan Berbogel Tular Di Media Sosial’.

Perkongsiannya itu mendapat perkongsian hampir 5,000 retweets sejak mula dikongsikan semalam. Apa yang netizen tertarik sangat dengan rakaman video berdurasi 1 minit 8 saat ini?

Pembaca berita menceritakan tentang gambar dua orang yang menimbulkan kemarahan netizen yang tidak senonoh di kawasan kedai yang ditutup. Kemudian rakaman montaj dimulakan dengan sambungan berita sebentar tadi. Namun selepas 30 saat pertama hanya video…

Korang tengoklah sendiri.

Memang kelakar! Tunggu juga mungkin awal montaj je kot penampakkan dua ekor cicak itu. Tapi masalahnya sampai habis berita mengenai perkara itu hanya dua ekor cicak.

Nampaknya buka saya seorang sahaja yang terkena. Ramai juga yang tekun mendengar berita ini tapi akhirnya….huhuhuuhu..lah kita beramai-ramai ya.

“Manusia Buat Hal, Cicak Yang Masuk Berita?” – Rakaman Montaj Berita Dijadikan Troll. Lawak Habis! 2

Dah kenapa cicak pula yang kena?

“Manusia Buat Hal, Cicak Yang Masuk Berita?” – Rakaman Montaj Berita Dijadikan Troll. Lawak Habis! 3

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen juga ada yang kata rakaman ini sudah diedit dan bertujuan untuk troll sahaja.

Apa-apa pun memang terhibur! Ke korang rasa tak kelakar? Ke saya je yang #mudahterhibur . Tapi memang terbaik editing orang yang buat troll ini. Nampak macam betul.

Sumber: HadiHasmadi

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker