Lihat Bagaimana ‘Kembar’ P. Ramlee Ajar Mawi Cara Lipat Sejadah yang Betul, Teruja Betul Mawi..

Mungkin jika disebut nama Fairuz Misran ramai masih lagi tidak kenal tetapi jika disebut P.Ramlee susah nak cari rakyat Malaysia yang tidak tahu. Dikenali sebagai kembar P.Ramlee, Fairuz Misran makin melonjak naik sejak video beliau tular di media sosial baru baru ini.

Video Tersedia Di Bawah Artikel ( P.Ramlee Ajar Lipat Sejadah )

Tetapi video tersebut menunjukkan beliau membuat gaya hampir serupa dengan lengok dan suara sebiji seperti Tan Sri P.Ramlee sebenarnya sudah lama tetapi baru baru ini sahaja apabila beberapa blog blog dan media semasa membuat cerita tentang beliau sehingga nama beliau menjadi tular.

Baru baru ini beliau ke rancangan Meletop dan dihoskan oleh Neelofa dan AC Mizal.

Siapa sangka, kemunculan jejaka bernama Fairuz Misran semakin mengubat rindu netizen dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Mana taknya, bukan sahaja wajahnya seakan sama namun suara merdunya itu saling tak tumpah seperti seniman terkenal itu yang kini video nyanyian sudah tular di media sosial

Siapakah Lelaki Yang Wajah Dan Suara Sebijik Seperti P.Ramlee Ini

Fairuz Misran, jika dilihat sekali imbas, bentuk fizikalnya, wajahnya, dan suaranya sangat mirip kepada seniman tersebut. Melalui Facebook miliknya, Fairuz sering berkongsi video nyanyian lagu P. Ramlee sehingga ada yang menggelarnya ‘si kembar P.Ramlee.’

Turut sering dijemput membuat persembahan di majlis-majlis luar, ramai yang memuji ketulenan suaranya persis P. Ramlee

Lihat Bagaimana 'Kembar' P. Ramlee Ajar Mawi Cara Lipat Sejadah yang Betul, Teruja Betul Mawi.. 2

Lenggok dan gaya tarian antara yang menjadi bualan pengikutnya kerana ada yang berpendapat, melihat Fairuz beraksi seperti melepaskan rindu kepada seniman agung Malaysia itu

Anak kelahiran Sabah ini bersekolah di SMK Bongawan Sabah dan sekarang Fairuz menetap di Labuan, Sabah. Beliau sudah beberapa kali menyertai pertandingan nyanyian ‘P.Ramlee’ dan banyak kali memenangi pertandingan juga

‘P.RAMLEE AJAR MAWI LIPAT SEJADAH’

Baru baru ini Fairuz Misran a.k.a Kembar P.Ramlee hadir ke stesyen radio Zayan. Video dibawah menunjukkan bagaimana beliau mengajar mawi cara cara betul lipat sejadah. Tengok reaksi muka Mawi, memang teruja tu ..

“Jangan Lipat Kecik Sangat Ye” – P.Ramlee / Fairuz Misran.

Sumber – KLViral