KISAH

“Ayah tak balik, Ummi takde duit, pagi semalam pun tak makan.” – Kisah Sedih Jadi Pengajaran.

Kisah sedih ini dikongsikan supaya jadi pengajaran kepada suami di luar sana. Jadikan iktibar pada kita. Mari kita baca perkongsian pembaca.

Sedih melihat pelajar tidak makan kerana tiada duit, seorang guru bertindak melawat keluarga pelajar di rumah. Apabila sampai, dia mendapati keadaan rumah sangat daif dan miskin. Tambah menyedihkan lagi apabila ibu kini sedang sarat hamil dan tinggal bersama 5 orang anak yang masih kecil.

Pelajar baru di sekolah

Runtun hati bila dengar kesusahan 3 beradik ni.

Mereka pelajar baru di sekolah Tice Lin.. 3 dari 5 orang adik beradik.. Darjah 1, 3 dan 4… Mulanya si ibu yang sarat mengandung datang pada minggu pertama sekolah… Dengan berbekal RM50.. Minta nak beli buku sikit-sikit hinggalah ke tahun 3.. Duit yang ada hanya RM5.00… Dapatlah beberapa buah buku tulis sahaja. Yang lain diminta utk bayar kemudian..

Ibu isteri pertama

Si ibu merupakan isteri pertama dan suaminya telah berkahwin lagi dalam 2 tahun yg lalu dan kini lebih banyak menetap bersama isteri kedua (ibu tunggal anak 4). Dengan keadaan kerja si suami yang tak menentu, kehidupan mereka agak susah dan terbaru si suami baru dpt kerja sbg guru k*** dgn gaji RM1050 di ***** dan tinggal bersama isteri ke-2. (Tice Lin tak nak ulas panjang hal suami kerana banyak yang negatif yg akan timbul nanti… So faham-faham je la yer)

Tak makan sebab tak ada duit

Then sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Namun hari ini, seorang ustazah ternampak si anak lelaki yg darjah 3.. Termenung duduk ketika yang lain sedang seronok membeli di kantin. Bila ditanya, rupa-rupanya takda duit. Tapi sangat tenang riaknya.. Then ustazah tersebut menyuruh si anak ini ke kantin dan dibiayai oleh ustazah. Sejurus hal itu diketahui, kami panggil adiknya yang darjah 1 yg pada ketika tu sudah pun tamat waktu rehat.

Bila ditanya makan apa.. Digeleng… Tak makan sbb takda duit… Adui… Sentap hati kami… Guru waktu pun memberikan roti yg Tice Lin bawa kepadanya dan suruh makan waktu tu juga. Kemudian, Tice Lin panggil pula si kakak sulung yg di darjah 4, tanya soalan yg sama… Dijawabnya..

‘Ayah tak balik, Umi tak ada duit’

“Makan… tapi kawan belanja. “Siapa belanja…Tice Lin soal lagi..“Si A dan si B..” Wah… Hati berbunga… Syabas buat 2 pelajar ni.. Dan Tice Lin niat dalam hati nak bagi reward pada budak berdua yg bantu ni..Lepas tu bermulalah sesi soal selidik.. Semalam makan apa… Malam tadi makan apa… Dan antara jawapannya…

“Ayah tak balik.. Ummi takda duit… Semalam pagi pun tak makan… Takda apa nak makan.. Malam tadi makan maggie… tengahari semalam ada orang bagi ikan kari…”Tice Lin tanya.. Sebab nak tengok apa jawapannya. “Tak lapar ke.. Tak makan..”Dengan wajah yang sangat tenang… Tersenyum dan penuh bersopan.. dijawab“Terasa juga lapar… Tapi tahan je la..” disambung lagi dengan senyum dan tenang je… Aduaiii

Dibiar terpinggir bersama 5 anak

Apabila kami beri bekalan makanan, seorang anaknya siap berpesan dgn adik-adiknya… Simpan utk ummi roti tu.. Mungkin sebab faham si ibu juga lapar dan dgn keadaan yg sarat masih belum menjamah apa2 utk tengahari tu… Sedangkan kandungannya juga disahkan doktor bermasalah.. Dan air ketuban juga mula berkurangan.. Namun apakan daya mengenangkan nasib anak-anaknya..

Dia masih bertahan walaupun makannya sendiri tak tentu hala..Tice Lin nyatakan tujuan kedatangan dan bertanya keadaan sebenar… Aduai.. Tabahnya hatimu wahai isteri dan ibu… Walaupun dibiar terpinggir bersama 5 orang anak-anak yg masih kecil..

Dimaklumkan si suami balik namun hanya utk beberapa jam.. Itu pun jarang-jarang sekali dan adakalanya tanpa sebarang wang sebagai bekalan…Ada di kalangan kami yg memberikan sahaja buku-buku kerja secara percuma.. Dan ada juga rakan guru yang telah membantu menjelaskan yuran buku tulis untuk si kakaknya… Namun bantuan kami juga adakalanya terbatas dan kami tidak mampu melaksanakan sepenuhnya secara bersendirian…

SIAPA yang patut membantu.. sebaliknya tanya APA yang boleh kita bantu..!!#hulurkansumbanganringankanbeban#berikankegembiraan

Sumber : Norazlin Abd Aziz via page ArianaRose

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker