KISAH

Kisah Sedih Ditipu Sepupu Sendiri, Tubuh Dijual oleh Sepupu Semata-mata Untuk Bayar Sewa Bilik

Mangsa Orang Ambik Kesempatan

Nak kata naif, ada ilmu. Cuma tak tahu akibat perbuatan yang dilakukan oleh orang itu menjadikan dia boleh mengandung. Datang dihantar oleh emak, ayah dan kakak.

Sekali lihat tulisan di dalam borang profile diri, dapat saya meneka dia ini safih. Bahasa sekolah orang hari ini slow learner. Bahasa kampung kata dia lembam. Lebih tidak berbahasa orang melabel sebagai 3/4 (tiga suku).

Akalnya setakat itu bukan kehendak diri. Tetapi itu yang Allah beri. Siapa yang mengata akan kekurangan ini samalah mencela pemberian Allah.

Akalnya tidak mampu memikir baik buruk akibat sesuatu yang belum pernah dilakukan.

Semua orang tahu berzina itu dosa besar. Tapi kalau yang lembam ni tahu ke zina tu apa? Tak tahu pun akibatnya dari zina tu menyebabkan mengandung. Yang dia tahu orang dah kahwin boleh mengandung tetapi bagaimana terjadi menjadi rahsia dalam kamar.

Pendedahan yang berkias kepada orang macam tidak sampai ke akalnya. Orang macam ni kena cerita terus terang, tak payah beralas berlapik bagai.

Kesian mereka menjadi mangsa penganiyaan. Tambahan ada yang ambil kesempatan.

Ceritanya begini, konon ingin berdikari, nak bekerja. Sepupu bawa tinggal di rumah sewa di bandar. Kerana percaya itu sepupu, tak diselideki cara hidup sepupu tu macamana.

Rupanya sepupu jenis, jantan boleh ikut masuk bilik sewa. Satu malam, sepupu bawa kawan kawan masuk bilik sewa. Tidor bersama. Maka dia yang baru datang tak tahu apa apa. Sedang tidor malam, tiba tiba ada lelaki buka pakaiannya dan lakukan perbuatan terkutuk. Sehari semalam dia dikurung dan dikerjakan sepuas nafsu. Esoknya dia ditinggalkan begitu saja.

Kerja yang dijanjikan entah kemana, dia menjadi trauma dan separuh gila. Kemudian dimasukkan hospital kerana cubaan bunuh diri. 2 minggu ditenangkan di wad. Bila discaj, balik sehari ke bilik sewa sepupu, diganggu semula oleh kawan kawan sepupu. Esoknya masuk semula hospital kerana muntah muntah dan pening. Ketika ini baru urine test dilakukan, didapati positif. Barulah dia membuka cerita yang dirinya pernah diperkosa.

Laporan polis dibuat. Bila sepupu dihubungi, jawapannya “saya tak ada apa apa hubungan dengan dia”.

Sampainya hati, itu jawapan yang diberi.

Jabatan Kerja Sosial Perubatan menyediakan laporan untuk menempatkan di Kompleks Asnaf, Kuantan. Duduk di sana sebulan, mengalami tekanan kesan trauma dirogol menyebabkan pakar psiaktri menyarankan dia hantar kepada keluarga. Setelah keluarga dapat dikesan, pihak pentadbiran Kompleks Asnaf menghantar kepangkuan keluarga. Pun cuma sehari, dia diletakkan di rumah nenek.

Tinggal di rumah nenek tanpa sebarang bimbingan dan ilmu menjadikan trauma dirogol menjadi tekanan menghantui diri. Kekesalan mempercayai sepupu hingga dirogol membuat diri rasa tidak berguna. Keluarga bertindak mencari rumah perlindungan yang dapat memberikan bimbingan dan ilmu.

Dunia hari ini dihuni oleh ramai orang yang suka ambik kesempatan. Sepupu mengambil kesempatan memperdagangkan tubuhnya untuk bayar sewa bilik. Lelaki ambil kesempatan melunaskan nafsu sarakah tidak kira siapa. Yang jadi mangsa adalah orang yang tidak tahu apa apa.

Semoga menjadi iktibar kepada keluarga di luar sana, apabila ada ahli keluarga dikesan sebagai orang kelainan upaya, jangan dibiarkan keluar berkerja konon berdikari. Akan ramai yang mengambil kesempatan atas dirinya yang kurang akal. Mereka ini lurus bendul, akan bercerita A to Z tanpa selindung apa apa.

Dunia Yang Sakit,

Mak Liza

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker