ISLAM

Kepada ‘Suami’ Yang Suka Sangat Bergurau Nak Berpoligami Tu, Sila Baca & Hadam Nukilan Ini.. Hargai Isteri Anda.

Tercengang dengar luahan dan penyesalan sahabat saya ustaz Mohamed Iqbal Alivi tentang gurau bab poligami dengan isteri.. Baru-baru ni beliau baru je dapat cahaya mata..

Comel anak dia..

Lepas habis program di pasir gudang lepas solat semua ajak ustaz iqbal makan di asam pedas power johor dan kami bersembang..

Dia kata “lil.. Lain kan dah ada anak ngan tak ada anak lagi..

Allahu..

Lil.. Aku bersama ngan isteri aku dalam bilik bersalin 8 jam nak tunggu baby keluar..

Isteri aku kata..

“Abang apa-apa berlaku kejap lagi.. Biar anak selamat.. Apa-apa berlaku pada saya takpe..” Aku menangis lil.. Aku tengok dari mula sampai akhir bini aku bersalin.. Aku rasa ya Allah payah nya laa.. Aku terus teringat kat mak aku lil.. Aku lahir dulu beso 4kg lebih.. Lagi teruk mak aku lahirkan ak dulu…” Huhuk..

Lepas Isteri Bersalin Tak Sebut Dah

“Masa kami berdua je.. Aku selalu bergurau dengan isteri ak nak kawin dua.. Biar awak senang sikit.. Saya kawin dua awak ada kawan… Masa tu orang rumah aku marah.. Ngajuk.. Aku tak faham.. Lepas aku tengok dia bersalin aku dah tak nak sebut benda-benda kawin dua ni lil.. Kesian kat bini aku…”

Punca Isteri Hilang ‘Respect’ Pada Suami

Allahu.. Saya terfikir.. ramainya suami-suami hari ni jadikan itu sebut nak kawin dua.. Nak kawin sorang lagi jadi bahan gurauan.. Tapi langsung tak tahu.. Sebenarnya walaupun nampak bergurau tapi sangat beri kesan pada hati seorang wanita.. Nampak macam takde pape.. Dia cubit kita.. Ngajuk.. Tapi dia akan ingat sampai bila-bila gurauan kita tu… Kadang-kadang benda-benda gurau-gurau benda-benda macam ni buatkan isteri kita hilang respect pada kita.. Sebab buat benda-benda macam ni gurauan.. Hati wanita sangat lembut dan cepat terasa..

Saya Takda Masa Nak Fikir Pasal Ini.. ‘Jawab Isteri”.

Saya kalau timbul perbincangan tentang kawin dua dan sebagainya depan saya dan isteri saya terus kata “saya takde masa nak fikir pasal ni… Kerja saya banyak.. Isteri saya ni cukup sempurna bagi saya..”

Jangan Jadi kan ‘Poligami’ Bahan Gurauan

Saya nak ajak suami-suami, kawan-kawan saya.. Walaupun poligami dibenarkan syara’ tapi jangan jadikan soal itu sebagai gurau .. Kita bergurau la lepas ni ngan isteri kita perkara lain.. Main Angkat-angkat dia ke.. Main larilari ke.. Main nyorok-nyorok ke.. Yang buat dia boleh happy dengan kita.. Jangan sesekali kita jdikan poligami bahan gurauan depan isteri dan anak-anak kita.. Kita jaga perasaan orang umah kita macamana kita nak isteri kita jaga perasaan kita..

Ya Allah.. Maafkan saya.. Maafkan kami semua.. Kami tak perasan perkara=perkara kecil ni…

Bila Isteri Bersalin.. Kena Banyak Puji Isteri

Saya pernah dengar.. Bila isteri lepas bersalin.. Kita kena banyak puji isteri kita..

Cakap.. Awak kuat sangat.. Awak banyak tolong saya.. Terima kasih.. Saya dapat rasakan yang awak kuat berdoa dengan Allah untuk saya dan cereer saya.. Sekali sekala.. Puji isteri kita depan mak ayah dia.. Mak ayah dia pun suka.. Isteri kita pun suka,.

Tapi malangnya hari ni.. Kita sebagai suami jarang sangat.. Berat sangat mulut nak puji isteri kita yg bnyak korban untuk kita.. Bukankah dia pernah lahirkan zuriat kita.. Dia yg tanggung perit smeua? YaAllah.. Maafkan kami.. Kami x pndai jadi suami yg terbaik..

Motivator Ummat,
Ustaz Khailil Razak

Share di wall anda agar suami, menantu, dan tunang kita dapat baca.

Sollu a’laa Sayyidina Muhammad

Sumber : Pakar Diari Hati

Terbaca kisah-kisah ceraikan isteri sebab dah ada isteri baru..sedih..

Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa.

Satu Jer Nak Cakap. Isteri Ini Amanah Allah

Satu jer nak cakap. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Lainlah beliau ada lelaki lain atau sebab yang besar munasabah. Kita mulia manusia sebaik-baik kejadian..kita sayang kerana Allah..walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri…kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita..kenangkanlah..

Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz. Ustaz, isteri saya baik, rajin,solehah, semua kerja rumah dia buat,senyum jer..sempurna..bestkan ustaz?

Ustaz jawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah..tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka..

Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa?

Bahagia Itu Bila Kita Yang Memberi

Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur..

Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..

Tapi ustaz,isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya….dia senaraikan buruk isteri dia..

Tanggungjawab Ketua Keluarga

Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah..wah abang,dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Kurang saya di mana? Dah lama-lama baru cakap tipu jer semua tu? Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya?

Semua takde ustaz..sekurang-kurang abang dah buat semua tu jika masih tak berubah barulah fikir yang lain-lain. Ini tak pernah bawa berada di jalan Allah pun lagi..

Baik ustaz..

Dia bawa isteri datang keluarga sunnah. Sehari dalam keluarga sunnah. Lepas tu bawa isteri 3 hari belajar iman. Mula buat taklim rumah. Mula makan dalam dulang berjemaah. Mula sama-sama dekat diri pada Allah..Didik isteri anak solat..bagi masa untuk keluarga..

Bahagia.. Baru Rasa Kahwin Sekian Setelah Lama

Jumpa saya semula kata, ustaz hidup kami dah bahagia. Baru saya rasa kahwin setelah sekian lama. Kalau tahu dari mula kahwin ajak belajar agama. Belajar iman. Dekat pada Allah. Makan suap-suap. Kerana sunnah semua ajaib..Ajaibkan ustaz..

Wanita Boleh Jadi…

Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.

Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki..Dalam AlQuran kata ‘ArRijal’ Ar Rijal..Ar Rijal..Allah puji ‘lelaki’. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga.Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka…Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu..- ebitlew

Sumber : FB Ustaz Ebit Lew

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker