ISU SEMASA

Kekacakan Tengku Hassanal Pula Jadi Tumpuan. Kenali Siapa Pewaris Takhta Kesultanan Pahang Ini

Sebelum ini, perhatian seluruh negara tertumpu kepada istiadat pemasyhuran Sultan Pahang keenam, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berlangsung dalam satu majlis penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan.

Istiadat yang penuh gilang-gemilang itu kaya dengan adat resam, tradisi dan simbolisme turun-temurun Kesultanan Melayu. Namun, apa yang menarik adalah untuk kita melihat corat-coret yang turut mencuri perhatian rakyat jelata.

Antaranya, kelibat Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah. Ketampanan adinda Sultan Abdullah itu turut mencuri perhatian netizen di media sosial.

Namun, di sebalik cakap-cakap di media sosial, mungkin ramai yang tidak sedar akan seorang lagi sosok prominen dalam kalangan kerabat diraja Pahang.

Wajar dikatakan individu ini lebih penting kerana beliau mungkin akan dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang.

Siapa Tengku Hassanal?

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah adalah anakanda kedua dan putera sulung Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Beliau sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom selama setahun.

Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Kekacakan Tengku Hassanal Pula Jadi Tumpuan. Kenali Siapa Pewaris Takhta Kesultanan Pahang Ini 2

Tengku Hassanal adalah sepupu kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Putera diraja ini memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007 sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas pada 2008 hingga 2012 dan University of Nottingham selepas itu.

Mei tahun lalu, beliau tamat pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan ijazah dalam bidang Hubungan Antarabangsa.

Mengikut susur galur keluarga, Tengku Hassanal merupakan cucunda kepada bekas Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar di sebelah bondanya, Tunku Azizah.

Ini menjadikannya anakanda saudara kepada Sultan Johor kini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan sepupu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

” Waris ganti akan saya tentukan dalam masa terdekat, saya kena berbincang dengan pihak keluarga saya dan Insya-Allah saya percaya semua pun dah boleh ramal kalau ikut tradisinya,” titah Sultan Abdullah kepada media selepas istiadat pemasyhuran baginda semalam.

Kekacakan Tengku Hassanal Pula Jadi Tumpuan. Kenali Siapa Pewaris Takhta Kesultanan Pahang Ini 3

Tengku Hassanal sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom

Tengku Panglima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang yang mana istiadat pemasyhurannya akan diadakan pada 29 Januari ini di Istana Abu Bakar di sini.

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pula dimasyurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang yang majlisnya turut akan diadakan pada hari sama.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah, Tengku Hassanal Ibrahim yang kini sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom akan pulang ke tanah air sehari sebelum istiadat berkenaan.

” Selepas selesai istiadat pemasyhuran, Tengku Hassanal akan kembali ke United Kingdom untuk meneruskan pengajiannya sehingga hujung tahun ini.

” Jawatan Tengku Panglima Besar akan dikosongkan dahulu sementara saya mencari calon sesuai,” titah baginda selepas mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri di bangunan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah berharap Tengku Hassanal Ibrahim akan mempamerkan watak yang baik sebagai seorang pemimpim kepada negeri ini dan rakyat secara keseluruhannya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Astro Awani

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker