HAIWANTERKINI

Kehadiran 4 Ekor Kucing ini Buatkan Penyanyi Busking Menjadi Popular Hingga ke Seluruh Dunia

4 ekor anak kucing ini begitu asyik dan khusyuk mendengar muzik yang dialunkan oleh lelaki ini sehingga menjadikan lelaki ini terkenal di seluruh dunia. Video ini menjadi viral di seluruh dunia sehingga dipaparkan dibeberapa media antarabangsa seperti Boredpanda, Mashable dan lain-lain.

Pada mulanya lelaki tersebut hanya bernyanyi seorang diri dan tidak ramai yang berada di situ untuk mendengar dia menyanyi. Kemudian, 4 ekor anak kucing ini mula muncul seolah-olah memberi sokongan kepadanya dan mendengar persembahannya sehingga akhir.

Mula-mula 2 ekor anak kucing datang mendengar persembahan yang didendangkan oleh lelaki ini, beberapa detik kemudian datang lagi seekor 2 ekor anak kucing sambil mendongakkan kepala serta memandang penyanyi tersebut.

Bagaikan dipukau mereka tetap mendengar dengan khusyuk. Paling menarik bila kucing ini boleh mengangguk kepalanya sekali bila dengar muzik seolah olah khayal mendengar alunan suara yang dilantunkan. Walaupun bermuka gengster dan tidak dapat menarik perhatian manusia yang lalu lalang namun dia berjaya menarik perhatian 4 ekor anak kucing tersebut

Tonton video Penyanyi Ini Menjadi Sebutan Di Seluruh Dunia Disebabkan 4 Ekor Peminat Comel Ini di bawah.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker