INFORMASIPETUA

Jika Lakukan 7 Perkara Ini, Wanita Kelihatan Lebih Cantik Bila Bangun Pagi

Rupanya wanita akan kelihatan lebih cantik bila bangun pagi, jika buat 7 perkara ini sebelum tidur. Tidur malam merupakan waktu bagi merehatkan diri setelah seharian sibuk menguruskan pelbagai perkara disiang hari. Baik perkara di tempat kerja mahupun urusan rumahtangga dan anak-anak.

Oleh itu, sangatlah penting bagi kaum wanita mendapatkan rehat secukupnya dengan melakukan persediaan sebelum tidur demi mengekalkan kecantikan wajah dan kesegaran tubuh badan tatkala bangun dari tidur nanti.

7 perkara tersebut adalah;

1. Mandi

Mandi merupakan salah satu cara untuk menghilangkan tekanan sebelum tidur. Tubuh badan yang bersih dan segar mampu menenangkan diri sekaligus membantu untuk tidur dengan lebih selesa, lena dan nyenyak. Pastinya apabila mendapat tidur yang lena tanpa terjaga, mampu membuatkan diri lebih bertenaga secukupnya ketika bangun di pagi hari nanti.

2. Cuci Solekan Wajah

Sebelum tidur pastikan kulit wajah telah dicuci bersih dan bebas daripada sebarang solekan. Ini kerana jika tidur dengan solekan masih dimuka, ia akan mengakibatkan kulit wajah mengalami jerawat, iritasi, kedutan dan garisan halus. Jadi pastikan sebelum tidur kena cuci muka dahulu tak kiralah penat atau malas macam mana sekalipun. Barulah ketika bangun tidur nanti rasa lebih segar dan cantik!

3. Sapu Pelembap

Ini penting iya. Sapu pelembap atau losyen pada seluruh tu buh badan selepas mandi demi mengekalkan kelembapan kulit sepanjang malam.Jika tak sempat sangat pun, jangan lupa sekurang-kurangnya sapu krim malam dan krim mata sebelum masuk tidur. Kulit kering akan mengakibatkan wajah dan badan mudah berkedut dan terhasilnya garis-garis halus. Jadi, bila bangun pagi wajah akan kelihatan kusam, kering jika tidak memakai pelembap sebelum tidur.

4. Berus Gigi

Secara jujurnya, berapa kerap gosok gigi setiap hari? Ramai wanita mengaku mereka selalu terlupa gosok gigi sebelum tidur dan rasa ia tak apa, kerana akan lakukannya pada waktu pagi nanti. Banyak kajian menyatakan tabiat tidak menggosok gigi sebelum tidur boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius. Antaranya termasuklah ma salah jantung. Jadi rutin menggosok gigi secara konsisten sebelum tidur adalah amalan yang baik dan mengurangkan risiko penya kit. Tidur pun rasa lebih selesa bila gigi dan digosok bersih!

5. Minum Segelas Air Lemon

Minum segelas air lemon sebelum tidur akan memberi hidrasi pada tubuh dan membantu membersihkan kulit ketika tidur. Cuba amalkan mulai malam ini, kesannya bila terjaga pada esok pagi, kulit akan lebih anjal dan berseri-seri. Setelah terjaga dari tidur pula nikmati segelas air lemon ia akan mempercepatkan metabolisma, meningkatkan tenaga, serta emosi yang lebih baik sepanjang hari.

6. Dapatkan Tidur Secukupnya

Tidak dapat dinafikan tidur yang cukup membantu wajah kelihatan lebih cantik dan menawan tanpa mengira berapa pun umur kita. Ramai yang tahu, tidur yang cukup memerlukan 7 hingga 8 jam sehari setiap malam. Tapi ramai yang tak tahu bahawa wanita perlu masuk tidur pada waktu yang paling tepat iaitu jam 11 malam hingga 3 pagi untuk kelihatan lebih cantik ketika bangun pagi.

Ini kerana tidur pada waktu ini kulit sedang mengalami proses ‘repairing & restoring’. Jadi pastikan masuk tidur sekitar pukul 11 malam dan dapatkan sekurang-kurangnya 7 jam waktu tidur, untuk mendapatkan manfaat kecantikan ini.

7. Meditasi/ Muhasabah Diri

Ini paling penting. Sebelum tidur disarankan muhasabah diri, minta maaf pada pasangan, maafkan semua orang dan buang segala perasaan negatif.Lakukan juga amalan doa mahupun zikir-zikir sebelum tidur. Jiwa yang tenang dan bersikap positif mampu menghilangkan tekanan, membuatkan tidur lebih lena dan bahagia sekaligus mampu menyerlahkan wajah yang menawan ketika bangun dari tidur nanti.

Jadi apa tunggu lagi, jangan bertangguh mulakan rutin ini mulai malam ini untuk kelihatan lebih cantik dan berseri di pagi hari nanti.

Sumber: womanitely via Mingguan Wanita

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker