Isteri Berhati Mulia Sanggup Simpan Duit Pencen Arwah Suami Selama 30 Tahun Untuk Bina Masjid

Seorang wanita di Arab Saudi menjadi sebutan dalam kalangan penduduk di sana selepas kisahnya membina sebuah masjid khas yang dinamakan bersempena dengan nama suaminya.

Wanita berkenaan juga dilaporkan telah menyimpan semua duit hasil pencen daripada arwah suaminya itu selama 30 tahun untuk membina masjid tersebut.

Kisah berkenaan dikongsikan oleh anak kepada wanita berkenaan, Mohammad Al Harbi, suatu ketika dahulu dan menjadi viral di media sosial.

”Betapa mulianya kamu, wahai ibu. Dia tidak pernah membelanjakan wang pencen ayah saya. Ibu saya menyimpan wang tersebut selama 30 tahun sebelum mendirikan sebuah masjid yang dinamakan dengan nama ayah saya.

”Semoga ayah saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Kita milik-Nya dan kepada-Nya kita kembali,” kata Al Harbi.

Begitu hebat cinta wanita ini kepada suaminya.

Sumber: Khaleej Time via SK