INFORMASIISLAM

Inilah Punca Sebenar Kenapa Pesawat Dilarang Melintas di Atas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Seorang juruterbang kenamaan Arab Saudi mendedahkan bahawa punca sebenar pesawat tidak boleh melintas di atas Kaabah dan Masjidil Haram bukan kerana wujudnya gelombang magnet, seperti yang dilaporkan media-media Barat, melainkan bagi melindungi keselamatan dan keselesaan para jemaah umrah dan haji, lapor Era Muslim.

“Berita dan maklumat yang selama ini beredar di media sosial salah dan mengelirukan,” seperti yang dilaporkan oleh portal TV orient-news.net dari Hasan Al-Ghamidi yang juga seorang juruterbang dan pemerhati urusan penerbangan awam pada hari Jumaat (13/01).

Inilah Punca Sebenar Kenapa Pesawat Dilarang Melintas di Atas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi 2

Hasan Al-Ghamidi menjelaskan dalam rakaman video yang dimuat naik media sosial Facebook bahawa larangan terbang di atas Masjid Al-Haram bukan kerana adanya gelombang magnet yang terpancar dari Kaabah.

Tetapi menurutnya, ia adalah kerana kedudukan kota Makkah yang berada di kawasan pergunungan, di mana jika pesawat melintas menyebabkan kesan bunyi yang ditimbulkan enjin pesawat.

Bunyi tersebut boleh memantul dan menimbulkan kesan buruk bagi para jemaah umrah dan haji.

Inilah Punca Sebenar Kenapa Pesawat Dilarang Melintas di Atas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi 3

Sebab lain adalah kerana di dalam pesawat yang melintas ada kemungkinan adanya penumpang non-muslim.

Dan dalam Al-Quran disebutkan bahawa non-muslim tidak boleh memasuki wilayah Makkah dan Madinah.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker