ISU SEMASA

Ini Punca Dua Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Berebut Kupon Makanan Percuma. Allahu

DUA wanita warga emas maut dipercayai akibat sesak nafas ketika berasak-asak untuk mendapatkan kupon makanan percuma di ICC Pudu, Jalan Kijang, Kuala Lumpur, tengah hari ini.

Sekurang-kurangnya enam warga emas pengsan dalam kejadian 12 tengah hari itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika pembahagian kupon makanan untuk digunakan pada 11 Februari depan.

“Kami menerima maklumat sekurang-kurangnya enam warga emas pengsan di lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati dua wanita dikenali sebagai Ah Po, 85, dan Law Ion Nang, 78, terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan mendapati kedua-duanya sudah meninggal dunia dan siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati satu program pemberian kupon makanan kepada warga emas diadakan di lokasi oleh gabungan peniaga dan penjaja ICC Pudu bermula 11 pagi hari ini.

Katanya, kupon berkenaan akan digunakan pada 11 Februari depan di tempat sama bagi mendapatkan makanan percuma.

“Pihak penganjur hanya memperuntukkan 200 kupon, tetapi kehadiran orang ramai mencecah seramai kira-kira 1,000 orang.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi dipercayai berpunca daripada sesak nafas ketika berasak-asak untuk mendapatkan kupon.

“Kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat petang hari ini,” katanya.

Jom Lihat Juga Apa Kata Netizen :

When you marketing strategy goes wrong. Please give the free food to the senior people and oku out there and why make them long queue just for food coupons only? This is so sad. Kalau nampak yg muda masih larat nak keje tuu tak payah laa berebut nak beratur pastu tolak org tua. How annoying.

Just give the free food to the senior people and why make them queue for the coupons.

Kalau niat nak bagi.. Bagi jelah.. Apa kupon2… 200 kupon plak tu.. Kesian la buat org macam nih..

Yg komen salahkn kerajaa, korg mmg bodoh tahap babi anjing.. Program ni bukan kerajaan yg anjurkan.. Persatuan peniaga situ yg buat, dan hanya 200 kupon shaja.. Lain kali baca betul2 sblum komen.

Bab free ni mmg tau sgt puak mn yg akn beratur pnjg……kt 7e pn dh cukup klu ada ofer…..beratur ank beranak …..kikiki,

Jangan lupa komen yang baik baik sahajad dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber :Harian Metro

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker