ISU SEMASASELEBRITI

“Ijazah ini Hadiah Buat Ayah Saya” – Anak Gadis Allahyarham Mr. Os Kini Bergelar Doktor

Anak kepada pelawak terkenal, Allahyarham Mr. Os atau Mohd. Yusof Abdul Hamid iaitu Syafiqa Hayra, 26, berjaya menamatkan pengajiannya pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan.

Berkata kepada Harian Metro baru-baru ini, Syafiqa memberitahu bahawa kejayaan yang dikecapi itu didedikasikan kepada arwah ayahnya yang telah banyak memberikan sokongan.

“Jujurnya, dalam kegembiraan yang dikecapi atas pencapaian hari ini, sebenarnya saya turut bersedih kerana arwah ayah tidak sempat melihat kejayaan saya.

“Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah. Alhamdulillah, kejayaan ini amat besar maknanya dan terima kasih kepada arwah yang sering memberi semangat untuk meneruskan cita-cita.

“Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang berbakti kepada masyarakat kerana Allah,” ujarnya berkongsi cerita.

Syafiqa menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura, Mesir dengan keputusan cemerlang pada Januari lalu.

Mr. Os menlnggal dunia di Hospital Selayang pada 8 April 2016 akibat menderita kanser paru-paru.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Instagram Syafiqa Hayra via MHETV

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker