ISU SEMASA

Hukuman Dikenakan Serta-merta Selepas Pekerja Huawei Tweet “Selamat Tahun Baru” Guna iPhone

Ucapan Selamat Tahun Baru baru-baru ini pada 31 Disember yang telah diucapkan oleh Huawei menerusi laman Twitter mereka telah menimbulkan kekecohan kerana pada status tersebut menunjukkan ianya dimuatnaik menggunakan iPhone. Dua orang pekerja yang terlibat telah didenda selepas mereka didapati membuat ucapan selamat tahun baru di laman Twitter menggunakan peranti keluaran Apple tersebut.

Bagaimanapun, pihak Huawei segera memadam Tweet itu selepas mereka menyedari kesilapan yang berlaku.

Hukuman Dikenakan Serta-merta Selepas Pekerja Huawei Tweet "Selamat Tahun Baru" Guna iPhone 2

Khamis lalu, tindakan disiplin telah dikenakan kepada dua orang pekerja terlibat selepas pihak Huawei memutuskan mereka untuk bertanggungjawab atas kesilapan tersebut.

Kedua-dua pekerja itu diturunkan pangkat dan dipotong gaji bulanan mereka dengan serta merta.

Dalam kenyataan Huawei, kesilapan berlaku kerana pekerja tidak dapat membuat ucapan menggunakan komputer kerana mengalami kerosakkan pada jaringan internet sebelum pekerja tersebut mengambil keputusan untuk menggunakan telefon bimbit jenis iPhone.

Syarikat Huawei bagaimanapun bukanlah syarikat telekomunikasi pertama yang membuat kesilapan memuat naik mesej menggunakan peranti jenama lain tetapi syarikat gergasi Samsung juga melakukan kesilapan sebegini berulang kali.

Sumber: SiakapKeli

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker