TERKINIISU SEMASA

Mereka Adalah Hero Kita, Entah Berapa Masa Mereka Ada Untuk Keluarga – PU Amin

Sejak semalam tular anggota keselamatan dan kakitangan kesihatan barisan hadapan memegang sehelai kertas yang tertera perkataan ‘I Stay At Work for You, You Stay at Home for Us’ (Saya Berada Di Tempat Kerja Untuk Anda, Anda Duduk Di Rumah Untuk Kami).

Kata-kata itu adalah untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar duduk di rumah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam.

Sementara itu pencetus Ummah Amin (PU Amin) menerusi entri di Instagram beliau telah berkongsi sekeping gambar seorang kakitangan kesihatan sedang bersolat sambil lengkap memakai sut khas pelindung badan.

Berikut perkongsian dan nasihat PU Amin:

Dalam keadaan kelam kabut seperti ini , mereka adalah hero kita. Mereka adalah manusia di barisan hadapan ketika perang menentang virvs jah4t ini .

Entah berapa lama masa mereka ada untuk bersama keluarga . Jasad mereka penat , letih , putus asa , habis duit dan harta . Namun mereka terus bekerja untuk menjamin keselamatan kita..

Tikar sejadah sebagai teman . Berdoa dan terus sujud . Mengharap agar Allah menurunkan keajaiban agar dibunvh C-l9 ini..

Pada semua , jangan pentingkan diri sendiri . Jangan melancong . Duduk di rumah , jaga kesihatan , jaga kebersihan , elak berada di tempat awam .

Setiap hari kes terus bertambah. Mungkin kerja dan kerjaya kita terjejas , tapi tak apalah untuk sebulan dua , berbanding banyak lagi mud4rat dan bah4ya yang akan terdedah..

Teruskan berdoa pada Allah . Segala usaha telah dijalankan . Kini kusa Allah adalah segala galanya . Kuatkan iman , bangunlah solat malam . Buat 2 rakaat Qiyamu Lail , Allah akan turun rahmat mencurah curah..

Berzikir Ya Latif 100x setiap kali selepas habis solat fardhu. Inshaallah Allah Maha Lembut , Allah Maha Penyembuh ! Allah akan bantu kita . Sebut kalimah Allah Allah Allah banyak kali . Takut lah pda Allah..

Rindu majlis ilmu di surau masjid . Rindu nak tawaf nak saie di Kaabah . Rindu nak solat jemaah ramai ramai . Allah tarikh nikmat ibadah masa ini .

Dikala semua pintu pintu masjid di tutup jangan kita lupa PINTU TAUB4T masih terbuka . Matahari belum terbit dari barat , dajj4l belum keluar , Nabi Isa belum turun . Maka kerap lah bert4ubat.

Semoga kawan kawan semua terpelihara , saya sayang anda semua . Sayang kalian kerana Allah swt .

Perkongsian dan gambar yang dimuatnaik oleh PU Amin itu ternyata meruntun hati ramai warganet dan mendapat 70k likes.

Mereka Adalah Hero Kita, Entah Berapa Masa Mereka Ada Untuk Keluarga – PU Amin 2

Rata-rata mendoakan kakitangan kesihatan yang sedang berjuang merawat pesakit-pesakit virvs C-19 ini.

” Semoga Allah hadiahkn syurga buat mrk yg berjuang demi menyelamatkn nyawa insan lain dan semoga Allah memelihara dan menjaga seluruh umat islam. Amin” tulis Mat Anep

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Kredit: PU Amin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button