INFORMASI

Inilah Cara Paling Mudah Pecahkan Cermin Kereta dari Dalam Jika Berlaku Kecemasan

Sekiranya anda berada dalam situasi kecemasan seperti kereta terjunam ke dalam air, perkara pertama anda harus cuba adalah membuka pintu atau tingkap tingkap beberapa saat selepas kereta menyentuh air.

Malangnya, jika anda tunggu lebih lama daripada itu, tekanan air yang tinggi di luar kereta akan menjadikannya mustahil untuk membuka pintu kereta dan tingkap, jadi apa yang anda boleh lakukan?

Inilah Cara Paling Mudah Pecahkan Cermin Kereta dari Dalam Jika Berlaku Kecemasan 2

Cara lain, yang lebih baik selain untuk menunggu dan mati, adalah untuk mengambil tindakan. Lihatlah di sekeliling kereta anda dan cari objek yang tajam atau tumpul, yang anda boleh gunakan untuk cuba menghancurkan tingkap kaca dan selamatkan diri.

Inilah Cara Paling Mudah Pecahkan Cermin Kereta dari Dalam Jika Berlaku Kecemasan 3

Sekiranya anda tidak dapat mencari apa-apa, anda mungkin akan menendang atau menumbuk tetingkap dengan tangan, ianya satu langkah buruk. Anda boleh simpan tenaga anda dulu, hehe.

Keluarkan tempat sandar kepala

Inilah Cara Paling Mudah Pecahkan Cermin Kereta dari Dalam Jika Berlaku Kecemasan 4

Pada asalnya ia bertujuan untuk memberi sokongan kepada kepala dan leher anda semasa memandu, tempat sandar kepala ini juga boleh ditanggalkan untuk membantu menyelamatkan nyawa anda apabila kereta anda tenggelam dalam air.

Walaupun tempat sandar kepala ini bukan semuanya boleh dicabut, namun kebanyakannya adalah. Ia menjadikan tempat duduk lebih mudah dipasang.

Nasib baik, ini juga boleh digunakan untuk tujuan lain.

Inilah Cara Paling Mudah Pecahkan Cermin Kereta dari Dalam Jika Berlaku Kecemasan 5

Jika anda berada dalam kereta yang tenggelam, keluarkan tempat sandar kepala ini dari tempat duduk anda. Letakkan salah satu daripada dua besi di antara tingkap dan pintu dan masukkannya ke dalam.

Inilah Cara Paling Mudah Pecahkan Cermin Kereta dari Dalam Jika Berlaku Kecemasan 6

Selepas besi itu masuk ke dalam, tarik tempat sandar kepala itu ke arah anda dan tingkap akan pecah. Anda dapat melihat cara ini dilakukan dalam kereta yang tenggelam dalam video di bawah.

Dengan tarikan yang tidak begitu kuat kaca tingkap keseluruhan akan pecah, membolehkan anda dengan mudah memecahkan kaca pecah yang tidak jatuh, dengan tangan anda.

Jadi, jika anda mendapati diri anda berada dalam keadaan yang kecemasan ini, jangan panik, tetapi anda boleh gunakan cara ini dulu. Sangat mudah, kan?

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker