ISLAM

Cara Mudah Jemput Rezeki Suami Isteri, Tak Susah Mana Pun Tetapi Ramai Yang Tak Buat

Ini cerita betul , bukan mitos . Cerita dongeng ke apa . Saya suami isteri kawin muda lepas belajar . Lepas kawin ‘kosong ‘ , duit zero . Kawan-kawan lain kerje , kami taknak kerje . Nak niaga . Kami naik smpai sekarang dengan berpaksi kan hidup nak berubah demi Allah . Dari zero sekarang boleh tolong mak ayah , rumah selesa , ade kereta selesa , makan mewah , ade duit simpanan boleh kata banyak jugak . Kiranya kekadang tak tahu camna boleh senang macam sekarang . Kita kekadang lupa Allah ada . Banyak cara sebenarnya die bole tolog kita kalau kita mintak dekat dia . Kalau mintak dekat manusia sapa nak layan.

Dulu tak solat, sampai lupa dah ayat-ayat semua , kena baca balik buku cara-cara solat > pelan-pelan solat , tak boleh tinggal , kena sungguh-sungguh taubat.

Suami hari-hari solat dhuha ,yang mana saya tak mampu yang tu . Tiap pagi dia akan solat dhuha , tak boleh tinggal kata die solat dhuha tu wajib. Sebab kita takda bos . Bos kita Allah . Jadi kena presentation lebih dekat Allah.

Dulu orang gelak kami niaga online , sekarang alhamdulillah ramai kawan-kawan and keluarga nak berniaga jugak .

Dalu saya ingat hidup kena 80% usaha , 20% tawakal . Tapi sebenarnya = 80% tawakal , 20% usaha . Dari dulu saya seorang yang pentingkan usaha, exam wajib stay up malam-malam , kena usaha . Solat tak payah . Apa ade dengan solat dapat jugak A . – (Ayat seorang jahil . Astagfirullah)

Saya bercakap jujur dengan pengalaman sendiri .

Sila amalkan ini.

Maksud REZEKI

  • kasih sayang
  • kewangan
  • kesihatan
  • ibadah

Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dengan mak.. Mintak mak redha dengaan apa yang kita buat..

Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

**(pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan diaorang macam mana nak bukak tabung-tabung nie)**

Ramai yang sibok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

1. Solat awal waktu

(Lelaki – 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!)

2. Solat Dhuha

  • eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
  • Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
  • Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..

Jadilah JUTAWAN yang memberi manafaat pada orang lain!

3. Tahajjud

  • buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
  • Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia.. kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah.. kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yang kita nak.. Apa yang kita impikan.. Apa yang kita nak capai dalam hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan.. doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
  • Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yang besar-besar terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yang Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun-tahun tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sebab ade sorang peserta tu adik dia pinjam RM98,000 dah bertahun-tahun tak bayar..Lepas tu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yang 10 tahun lepas punya kes..

4. Sedekah

Beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,

Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)

Buat TABUNG SUBUH
Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dengan penuh perasaan dan doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

Formula YAKIN

  • Yakin
  • Yakin
  • Yakin
  • Yakin
  • Yakin
  • Yakin
  • Yakin
  • Yakin
  • Yakin
  • Doa
  • Usaha
  • Tawakkal

9 kali kena yakin!!

5. Baca Al-Quran

  • paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
  • Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

6. Istighfar setiap hari

  • baca zikir ‘Ya Wahhab’ je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

7. Jaga Wuduk setiap hari

  • latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..

Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU

Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bygkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bygkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..

Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah..

Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua…

Kredit : Mingguan Wanita via Viral Media Johor

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker