ISU SEMASA

Bumi Palestin Berpesta Menyambut Ketegasan Malaysia Menolak Israael Laknatullah. Ini Respon Tun Mahathir

Sungguh, mereka begitu menghargai keputusan Malaysia mengharamkan penyertaan negara ISRAEL ke kejohanan renang dunia di Sarawak.

Mereka keluar beramai-ramai dan berpesta dengan membawa bendera Malaysia sebagai menunjukkan terima kasih mereka kepada Malaysia

Setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian sudah pasti akan terharu dengan penghargaan yang ditunjukkan oleh rakyat PALESTIN.

Anda saksikan sendiri…

Thank you Malaysia شكراً ماليزيا على أنغام الدحية Terima Kasih

Malaysian brothers and sisters. Palestinian in Gaza perform folk dance “Dahiya” to thank Malaysia

Video Penuh di akhir artikel

KETIKA membangkitkan mengenai kekejaaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Israel adalah sebuah negara penjenaayah yang wajar dikecam.

“Saya mohon kepada mereka yang bersimpati dengan perjuangan masyarakat Palestin agar menyuarakan kecaman mereka. Kegaanasan bukanlah satu jawapan. Satu Strategi yang betul diperlukan untuk memberikan keadilan kepada rakyat Palestin,” kata Perdana Menteri dalam satu posting di blognya pada Isnin.

Dalam satu tulisan yang agak keras bertajuk ‘A Genocidal State’, Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat melihat ketidakadilan dan penindasan yang dilakukan Israael terhadap Palestin tetapi Israel tidakpun dikritik oleh mereka yang bercakap mengenai kebebasan dari ketidakadilan dan ‘kedaulatan undang-undang’.

“Israael seperti ada hak istimewa. Jika ada pihak mengkritik Israel ataupun holocaust, dia akan terus dilabelkan sebagai anti Yaahudi. Memberi implikasi orang itu tidak berperikemanusiaan ataupun tidak bermoral.Tetapi tindakan tidak berperikemanusiaan secara terang-terangan yang dilakukan Israael tidak dikutuk,” katanya.

Malaysia bukan anti-Yahudi atau anti-Semitik, kata beliau, sambil menyatakan orang Arab juga adalah kaum Semitik.

“Tetapi kita berhak untuk mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan di mana-mana, oleh sesiapa sahaja. Kita telah mengutuk rakyat Myanmar atas perbuatan mereka terhadap Rohingya. Kita mengkritik banyak negara dan orang atas perbuatan tidak berperikemanusiaan.

“Ramai orang dan banyak negara telah mengutuk kita. Tetapi kita tidak pernah dilabelkan atau melabel orang yang bersuara perkara benar dalam dunia yang bebas,” kata Dr Mahathir.

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa telah membatalkan hak Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan pada 29 Julai hingga 4 Ogos di Kuching selepas Malaysia menyatakan pendirian tidak akan membenarkan atlet Israael menyertainya.

“Malaysia halang dua atlet Israael – AS mengharamkan rakyat lima negara Islam dan merancang untuk membina tembok menghalang rakyat Amerika Selatan.

“Hungary, Poland dan Republik Czech mengharamkan kemasukan pelarian. Perdana Menteri Hungary Viktor Orban merujuk pelarian Syria sebagai ‘Muslim Penceroboh’,” katanya merujuk situasi sekarang yang tidak munasabah.

Menyedari tentang sokongan kuat terhadap Israel, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak boleh melawan Israel selain enggan mengiktirafnya, tetapi menyatakan Kuala Lumpur mempunyai hak untuk menghalang kemasukan rakyat Israael ke negara ini.

“Apabila dunia mengutuk kita kerana perkara ini, kita berhak untuk mengatakan dunia kini bersikap hipokrit. Laungan mereka mengenai hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang hanyalah omong kosong,” kata Perdana Menteri.

Kepada mereka yang terlupakan sejarah, Dr Mahathir mengingatkan mereka Israael wujud dari sekeping tanah Palestin tanpa sebarang referendum atau pungutan suara diadakan, dengan rakyat Palestin dihalau dari bumi Palestin tanpa sebarang pampasan untuk tanah dan rumah yang dirampas oleh Israel.

Katanya, Israel kemudiannya merampas lebih banyak tanah Palestin supaya Israel menjadi lebih besar, membina lebih banyak penempatan di bumi Palestin tanpa persetujuan negara Palestin.

“Apabila rakyat Palestin menentang dan meleemparkan batu ke arah kereta kebal dan kereta perisai Israel, askar Israel meneembak menggunakan peluuru hidup terhadap anak-anak Palestin dan menangkap mereka. Mereka ditahan bertahun-tahun tanpa dibicarakan,” katanya.

Dr Mahathir merujuk kepada sekatan secara haram terhadap Gaza, tetapi tidak ada negara yang mengutuk Israeel kerana melanggar undang-undang dan tatasusila antarabangsa.

“Kini Israel isytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara mereka. Apabila rakyat Palestin menaampar tentera Israel, mereka diteembak maati dan ramai yang ditahan,” katanya sambil menambah rakyat Palestin tidak boleh melawat saudara mereka tanpa terlepas daripada pemeriksaan yang memalukan di pelbagai pusat pemeriksaan yang dibina Israael.

Apabila orang Palestin melepaskan roket yang tidak berkesan ke arah Israel, beliau berkata, Israel akan menggugurkan boom dan meneembak peluru berpandu ke arah bandar-bandar dan perkampungan Palestin, menghaancurkan sekolah dan hospital serta membuunuh dan mencaacatkan pesakit dan kanak-kanak.

Katanya, beribu-ribu rakyat Palestin telah dibuunuh atau cedera akibat tindakan keteenteraan.

Semua ini, katanya, adalah jawapan kenapa Malaysia tidak mengiktiraf Israel, tidak mempunyai hubungan diplomatik, tidak membenarkan rakyat Malaysia melawat Israel ataupun sebaliknya.

“Inilah satu-satunya negara di dunia yang dilayan Malaysia seperti ini,” kata Dr Mahathir. – Bernama

Video:

Sumber: M Star melalui sepatuputih

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker