KESIHATAN

Berkat Kesabaran yg tinggi, Wanita ini Hamil Kembar 3

Selepas kegguran pada IVF pertama, dengan berbekalkan kesabaran yang tinggi, IVF kedua wanita ini hamil kembar 3. Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi.

Memiliki cahaya mata sendiri adalah impian buat setiap pasangan suami isteri, ada yang dikurniakan anak cepat ada juga yang bertahun-tahun menunggu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Thokha Muhammad (@drthokha) on

Ada dalam kalangan pasangan sanggup menggunakan pelbagai cara untuk memiliki zuriat sendiri. Menerusi satu lagi kisah yang dikongsikan Dr Thokha, mengenai seorang wanita yang dikurniakan kembar tiga selepas kgvguran.

Untuk pengetahuan semua rawatan IVF (In vitro fertilisation), bukanlah semudah yang disangka, selain memerlukan kos yang tinggi, kesakitan yang harus ditanggung para isteri, perit juga rasanya.

Allah ambil satu, Allah ganti dengan tiga

Menerusi entri Dr. Thokha Muhammad, wanita tersebut pernah menjalani dua kali rawatan IVF, namun ketika yang pertama kandungan hanya mampu bertahan 6 minggu sebelum kgvguran.

Tidak berputusa asa, wanita tersebut menjalani sekali lagi rawatan IVF, berkat kuasa Allah wanita tersebut disahkan hamil kembar tiga, dan ketiga-tiga janin itu normal.

Terpancar sinar kebahgiaan di wajah bakal ibu mendengar denyutan jantung janin yang dikandung. Meskipun, diuji dengan satu kehilangan, hikmah bersabah Tuhan mengurniakan rezeki yang berlipat kali ganda, yang penting usaha dan doa.

Kredit : Dr ThokhaOMM

Bagi yang belum mempunyai cahaya mata, berdoalah bersungguh-sungguh dan jauhi larangan-Nya serta yakin akan ada rezeki anak suatu hari nanti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button