ISLAM

Beberapa Tanda-tanda Malam Sebelum Terbitnya Matahari Di Sebelah Barat

Beberapa malam sebelum terbitnya matahari dari arah barat.

Sebelum matahari terbit dari arah barat, beberapa malamnya akan terasa panjang dari satu malam menjadi malam yang panjangnya seperti 2 hingga 3 malam lamanya. Orang-orang tidak mengetahui kejadian itu, mereka tidak mengetahui sama ada matahari akan terbit seperti kebiasaanya ataupun tidak pada keesokan harinya.

Didalam hadis yang rekodkan oleh Baihaqi, Rasulullah s.a.w Bersabda:

“Malam itu amat panjang sehingga sepanjang dua malam atau tiga malam. Orang yang amat takut kepada tuhanya akan bangun mengerjakan solat dan bekerja seperti biasa sehingga tidak menyedari yang bintang sudah berada di tempatnya. Kemudian, mereka tidur lalu bangun dan menunaikan solat,tetapi malam seolah-olah tidak mahu berakhir. Mereka tidur kembali sampai mereka bangun dan hari masih tetap gelap. Malam terasa begitu panjang bagi mereka.

“Ketika mereka menyedari, mereka jadi takut memikirkan jangan-jangan peristiwa besar makin menghampiri. Manusia bimbang dan berkumpul bersama-sama lalu berkata, ‘apa yang berlaku ini ?’

“Mereka pun berkumpul di masjid. Pagi menjelma tetapi matahari tidak juga terbit. Ketika mereka menanti-nantikan matahari terbit dari timur, rupa-rupanya matahari terbit dari barat. Keadaan itu menyebabkan manusia menjerit sekuat hati mereka kerana ketakutan. Apabila matahari sampai ke tengah langit, ia kembali lagi dan berputar dari tempat terbitnya.”

Keadaan itu membuka mata mereka. Lalu mereka mahu cepat-cepat menghitung apa yang mereka miliki dengan hasrat mahu berinfak (sedekah).

Dalam hadist yang direkodkan lain pula, Baihaqi menyebutkan bahasa, Rasullullah s.a.w menambah,” Manusia pun pergi bersedekah dengan emas merah, tetapi tidak ada yang mahu menerima. Lalu dikatakan kepada mereka,’ Kalaulah sejak kemarin saudara melakukan perkara itu.”

Kejadian itu merentap keinginan mereka untuk memikirkan nikmat-nikmat dunia. Lalu memikirkan perkara-perkara kebaikan.

Mengambil tafsiran Qurthubi yang menjelaskan alasan-alasan mengapa keimanan manusia tertolak pada hari itu. Kata al-Qurthubi, para sarjana Muslim berkata,” Keimanan tidak berguna lagi bagi manusia ketika matahari terbit dari barat kerana hati mereka sudah diren tap dengan rasa ketakutan sehingga memadamkan semua syah wat dan melemahkan setiap kekuatan badan.

Kerana berasa yakin hari kiamat telah dekat, keadaan semua manusia berubah menjadi seperti keadaan orang yang menghadapi kema tian. Dorongan bagi melakukan perkara-perkara mak siat sudah terputus dan terkekang dalam diri mereka. Dan kerana sebab itulah,taubat orang yang bertaubat dalam keadaan itu tidak diterima sebagaimana tidak diterimanya taubat orang yang dijemput a jal.”

Maka dengan itulah maksud ‘segera melakukan kebaikan’ sebelum datang tanda-tanda yang membenarkan al-quran dan rasul-Nya kepada kita dalam keadaan tanpa disedari.

Kapsyen IG:

FENOMENA ITU BAKAL TIBA! TIDAK LAMA LAGI.. BERSEDIAKAH KITA? Part 1

Dalil-dalil dari al-Qur-an al-Karim

Allah Ta’ala berfirman:

يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا

“Pada hari datangnya sebagian tanda-tanda Rabb-mu tidak berguna lagi iman seseorang yang belum beriman sebelum itu, atau (belum) berusaha berbuat kebaikan dengan imannya itu…” [Al-An’aam: 158]

Video:

Komen netizen:

Tumpang tanya, ada terdengar jugak video ceramah yang katakan time malam panjang tu ramai orang perasan dan akan bertaubat. Time tu taubat tak diterima lagi.

Beberapa Tanda-tanda Malam Sebelum Terbitnya Matahari Di Sebelah Barat 2

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Islamik Info

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker