ISU SEMASATERKINIVIDEO
Trending

VIDEO Bayi Dibekam Untuk Buang Angin Cetus Kemarahan Netizen

Klip video di atas dan di bawah artikel menunjukkan seorang bayi dikatakan baru melepasi usia 40 hari mengundang kecaman daripada netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan membekam bayi berkenaan.

Daripada suara video terbabit, bayi itu dibekam bagi tujuan membuang angin didalam badannya.

Menurut satu artikel daripada Dr. Afiq Rahim, bekam tidak sesuai dilakukan ke atas bayi kerana kekurangan kajian klinikal yang membuktikan keberkesanan bekam kepada bayi beserta risiko-risiko lain yang ada pada prosedur bekam.

Tambahnya lagi, tidak semua individu boleh melakukan bekam. Terdapat kontraindikasi atau saringan kesihatan sebelum seseorang itu boleh melakukan bekam.

Respon daripada netizen:

Nampak Remeh Tapi Perkara Ini Memang Sering Terjadi, Lihat Senarai Lima ‘Benda’ Yang Mudah Hilang Di Rumah
Aisha Ratnila1 minggu lalu5 minit bacaan
Rumah merupakan tempat di mana kita akan menyimpan semua barangan yang ada kerana ia adalah tempat tinggal yang kita diami bersama keluarga atau sebagainya.

Tetapi, pasti setiap dari kita pernah melalui situasi di mana kita kehilangan barang di dalam rumah. Tidak pasti sama ada barang tersebut digunakan oleh orang lain atau kita yang salah meletaknya.

Mencari barang hilang yang amat diperlukan merupakan perkara yang membuat kita stress dan gelisah. Bagaimanapun, minda dan hati perlu lah berada dalam keadaan tenang untuk memudahkan proses pencarian.

Entri kali ini akan berkongsi lima jenis ‘benda’ yang nampak remeh tetapi sekiranya hilang tetapi impaknya sangat besar kepada kita dan keluarga. Oleh itu, jagalah ia dengan sebaiknya.

Perkongsian ini diambil dari penulisan Mohd Fhais di laman facebooknya. Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

5 Benda Yang Mudah Hilang Di Rumah

Nampak remeh tapi 5 perkara ini kalau hilang boleh buat hidup satu keluarga sengsara. Beringatlah sebelum ia hilang.

1 – Sudu

Tak kira sudu plastik atau besi makin lama kita duduk rumah tu makin banyak sudu hilang. Bila nak guna mesti tak cukup, ntah hilang ke mana.

2 – Pakaian

Ini betul, semakin lama semakin banyak baju baru kita beli. Baju lama kalau tak jadi kain buruk mesti duduk di baris paling bawah sekali dalam almari. Sampai satu masa kita cari semula dah tak jumpa. Kena makan tikus ke?

3 – Kepercayaan

Semakin lama duduk serumah semakin banyak cabaran dan liku kehidupan yang akan di lalui. Begitu juga kepercayaan, kalau dulu kuat dan utuh di sanubari tapi lama kelamaan ia beransur hilang. Ada juga yang masih kekal utuh tapi sangat jarang..

4 – Budi Bahasa

Rumah tempat bebas peraturan, bebas kekangan jadi kita bebas buat apa sahaja. Termasuklah mulut bebas berkata tanpa peduli. Perkataan seperti hoi, bangang, kejadah, aku, kau dan juga kata-kata negatif lain. Semakin lama semakin hilang budi bahasa, dan semakin bahasa kesat ini melekat pada anak-anak.

5 – Kesabaran

Ya, orang yang sabar pasti mudah hilang bila duduk di rumah terlalu lama. Sebagai contoh surirumah, sehari 24 jam di rumah bekerja, melayan kerenah anak-anak, melayan suami, memasak, mengemas rumah dan ada juga yang buat bisnes dari rumah kerana ingin membantu suami. Bila suami sendiri tidak percaya atau buat-buat tak percaya bila isteri cakap dia penat nak berehat, semakin hilang kesabaran isteri.

Rumah kita syurga kita,

Benda yang hilang kita masih boleh perbaiki dan ganti tapi jangan sesekali kita hilangkan keyakinan kita pada Allah yang satu.

Hilangnya keyakinan ini maka hilang dan sia-sia hidup kita di dunia.

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker