Angka Kemat1an Covid-19 kini 14 orang
PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan empat kes kematian koronavirus baharu (Covid-19) dalam negara, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pelaporan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 14 kes sehingga kini.
Beliau berkata, setakat ini negara merekodkan 212 kes baru menjadikan keseluruhan 1,518 kes setakat hari ini.
“Daripada 212 kes baru, 123 dari kluster tabligh manakala selebihnya kontak rapat, PUI dan masih dalam siasatan. Sebanyak 57 dalam ICU termasuk 27 memerlukan alat bantuan pernafasan.
“Seramai 20 pesakit Covid-19 sudah sembuh dan dibenarkan pulang sehingga hari ini. Ini menjadikan 159 pesakit Covid-19 berjaya sembuh dan discaj hospital.
“Tahniah dan terima kasih kepada anggota kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.
Sumber : hMetro