ISU SEMASA

Hanya jenazah ibu yang pulang, anak sulung arwah mahu si pemandu mabuk dihukum

Perit dan pedihnya dugaan yang dilalui lima beradik ini, selepas kehilangan ayah kini ibu pula ikut menyusul setelah nyawa mereka tidak lagi diselamatkan akibat daripada kemalangan jalan raya dengan pemandu mabuk.

Hari ini selesai sudah pengebumian Zuriana Hassan, ibu kepada lima orang cahaya mata. Kini anak sulung arwah, Nur Afni Nirwani Khairizul, 16, memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Hanya jenazah ibu yang pulang, anak sulung arwah mahu si pemandu mabuk dihukum 2

Peritnya jiwa tidak terkata, Nur Afni sempat berkongsi detik-detik akhirnya bersama arwah ibu ketika masih dalam koma memberitahu dia sempat melihat ibunya sedar dan menggerakkan jari.

Saya fikir mama akan pulih

Hanya jenazah ibu yang pulang, anak sulung arwah mahu si pemandu mabuk dihukum 3

Daripada situ gadis 16 tahun ini mempunyai harapan yang tinggi bahawa ibunya akan sembuh dan pulang ke rumah semula untuk bertemu adik beradiknya yang sudah terlalu merindui ibu.

“Saya panggil mama dan mama buka matanya sambil menggerakkan jarinya yang saya fikir mama akan kembali pulih, tetapi semalam mama sudah tidak sedarkan diri ketika saya pergi melawatnya…”

Hanya jenazah ibu yang pulang, anak sulung arwah mahu si pemandu mabuk dihukum 4

Namun, harapanya punah selepas diberitahu ibunya sudah tidak sedarkan diri dan satu panggilan menyentap jiwa memaklumkan bahawa ibunya telah meninggal dunia.

Saya mahu dia kena hukuman setimpal

Hanya jenazah ibu yang pulang, anak sulung arwah mahu si pemandu mabuk dihukum 4

Terdahulu, detik 9 Februari lalu menjadi sejarah hitam dalam hidup lima beradik ini apabila motorsikal yang ditunggang dilanggar pemandu dipercayai mabuk pada 5 pagi di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara dekat susur ke Perai.

Justeru, Nur Afni berharap agar si pelaku mendapat balasan dan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dia lakukan kepada kedua ibu bapanya.

Hanya jenazah ibu yang pulang, anak sulung arwah mahu si pemandu mabuk dihukum 6

“Saya berharap orang yang melanggar mama dan papa hingga menyebabkan kematian mereka mendapat hukuman setimpal mengikut undang-undang…”

Hanya jenazah ibu yang pulang, anak sulung arwah mahu si pemandu mabuk dihukum 7

Nur Afni Nirwani serta adik-adiknya, Nur Istana Nadira,14, Nur Erna Nabila,12, Nur Qurratul Ain,7, dan Muhammad Khairi Zafran, 2, kini berada di bawah jagaab datuk dan nenek mereka.

Hanya jenazah ibu yang pulang, anak sulung arwah mahu si pemandu mabuk dihukum 8

Sumber : Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button