ISU SEMASA

Amaran dari NASA, Asteroid Sebesar Piramid Giza Bakal Lintas Bumi Pada Jarak Dekat Esok

NASA baru-baru ini mengesahkan batuan angkasa, Asteroid 2016 AZ8 akan terbang melintasi Bumi pada jarak yang agak dekat, Isnin ini.

Asteroid yang mempunyai kelebaran 430 meter ini akan terbang pada jara 2.3 juta batu daripada Bumi.

Amaran dari NASA, Asteroid Sebesar Piramid Giza Bakal Lintas Bumi Pada Jarak Dekat Esok 2

Apa yang mengejutkan, pemerhatian lanjut yang dibuat oleh NASA mengesahkan 2016 AZ8 bukanlah satu-satunya asteroid batuan angkasa yang bakal terbang melintasi Bumi, sebaliknya ia diekori satu lagi batuan angkasa dengan bentuk seolah-olah sebatang curut.

NASA kemudian mengesahkan asteroid berbetuk curut yang lebih kecil itu bertindak seperti bulan yang terbang sambil mengelilingi 2016 AZ8 pada jarak kira-kira 400 meter dan mempunyai lebar 180 meter.
Amaran dari NASA, Asteroid Sebesar Piramid Giza Bakal Lintas Bumi Pada Jarak Dekat Esok 3

2016 AZ8 dianggarkan mempunyai kelebaran seperti ibupejabat Pentagon di Amerika Syarikat dan sebesar sebuah Piramid Giza di Mesir. Bagiamanpun, asteroid ini dijangka akan benar-benar memberi ancaman kepada Bumi menjelang kurun ke-23.

Pada saiz tersebut, sebarang impak hentaman kepada Bumi boleh meninggalkan kesan kemusnahan yang amat binasa biarpun pakar astronomi ragu-ragu bencana berkenaan boleh berlaku.

Amaran dari NASA, Asteroid Sebesar Piramid Giza Bakal Lintas Bumi Pada Jarak Dekat Esok 4

Pentagon

Berdasarkan pengiraan yang dibuat oleh Program Pengiraan Kesan Hentaman Kepada Bumi, mana-mana objek batuan angkasa bersaiz seperti Imperial College London akan mempunyai daya kekuatan seperti letupan 3,300 megaton TNT.

Amaran dari NASA, Asteroid Sebesar Piramid Giza Bakal Lintas Bumi Pada Jarak Dekat Esok 5

Imperial College London

Bagaimanapun, daya hentaman juga bergantung kepada kelajuan AZ8 memasuki atmosfera Bumi. Namun begitu, sekiranya bencana berkenaan benar-benar berlaku, manusia berisiko untuk pupus.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker