ISU SEMASA

Allahuakbar, Di sebalik puluhan roket dibedil, b0m seakan bunga api ini turut dilepaskan!

Sejak semalam, Zionis Israel begitu ghairah membedil Palestin. Sejak petang semalam juga sebanyak media Israel melaporkan 70 buah roket telah dibedil dalam tempoh beberapa minit ke arah ibu pejabat Hamas, kawasan awam dan tanah pertanian yang dimiliki oleh rakyat Gaza. Difahamkan sehingga semalam juga seramai 7 penduduk Palestin tercedera dalam serangan maha dasyhat ini.

Doalah, berdoalah dalam setiap kali sujud kita dan angkatlah tangan agar penduduk Palestin sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Kita mungkin tidak mampu mengangkat senjata tapi kita mampu mengangkat tangan memohon kepada Allah taala agar penderitaan penduduk Palestin dapat dikurangkan.


Serangan dilakukan oleh zionis Israel ke atas tanah Palestin mengakibatkan kemusnahan besar

Tentera Zionis Isreal bersedia memasuki Palestin. Ya Allah, kau hancurkanlah Isreal yang kejam ini. Selamatkan penduduk Palestin

Beginilah suasana setiap kali rakyat Palestin terkorban dibedil zionis Israel

Di sebalik puluhan roket dibedil, apa yang mengejutkan Israel ternyata telah melanggar sekatan dunia apabila dilihat melancarkan B0M FOSTOR PUTIH ke wilayah Palestin.

Inilah b0m kimia fostor putih. Ia ditembak dari jarak 250-500 meter dari tanah. Bila bersatu dengan udara, ia akan mengembang. Mana2 yang terkena akan mati. Kalau tubuh terkena sedikit, kulit akan terbakar termasuk daging akan hangus.Biasanya akan cacat seumur hidup

Apa yang kita perlu faham tentang b0m fostor putih ini?

Dari jauh, saat b0m ini meletup, ia umpama bunga kembang mekar. Suasananya seakan sama seperti pertunjukan bunga api yang kita di tahun baru.

Tapi kesan b0m fostor putih ini terlalu dasyhat. Ini kerana saat b0m itu meletup dan mana-mana manusia yang berada di sekitarnya, saat tubuh kita terkena percikannya,kalau tidak mati akan cacat kekal selama-lamanya. Ia bukan saja membakar kulit tetapi juga daging turut hangus. Inilah sebab kenapa b0m fostor putih ini dilarang digunakan dalam peperangan.


B0m Fostor putih ini diharamkan oleh Hak Asasi Manusia kerana mampu membunuh ramai manusia. B0m ini sudah digunakan sejak perang pertama dan kedua lagi
Bagaimana b0m postor putih ini dicipta?

B0m ini digunakan secara meluas semasa Perang Dunia pertama dan kedua. Ia adalah sejenis b0m kimia yang jika terkena mampu membawa maut. Jika terkena serpihannya, akan cacat seumur hidup kerana kulit akan terbakar, selain daging di bawah kulit daging akan hangus. “Hujan api kembang” yang dilepaskan ini nampak indah tetapi begitu merbahaya.

Sesetengah menyebutnya Willie Pete atau White Phosphorus (fostor putih).Ia cukup mudah dikenali kerana akan kembang putih saat dilancarkan ke udara. Sifatnya mudah menyala ketika bersentuhan dengan udara Biar sudah diharamkan oleh Hak Asasi Manusia tetapi Israel begitu berani menggunakannya. Ini bukan kali pertama Isreal menggunakan b0m pospor putih ini tetapi sejak 2009 lagi terhadap Palestin.

Ia disebut Willie Pete kerana zat kimianya sangat mudah terbakar. Fostor biasanya terkandung dengan kombinasi mineral dan bahan ini banyak ditemui di Russia, Moraco termasuk Amerika Syarikat.


Bukti Zionis Israel menggunakan b0m fostor putih menyerang ruang udara Palestin.

Aman Palestin melaporkan, laluan ke Gaza telah ditutup oleh tentera Israel sebagai langkah untuk mereka bersedia melancarkan serangan dalam skala yang besar. Serangan disasarkan ke kawasan ibu pejabat, kawasan awam dan tanah pertanian yang dimiliki oleh rakyat Gaza.

Ya Allah, lindungilah seluruh rakyat Palestin.

Bagi korang yang nak menderma untuk rakyat Palestin, boleh berbuat demikian di akaun ini yang dikendalikan oleh Aman Palestin Berhad.

Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

Menyumbang untuk lebih mudah, sila klik link berikut: https://www.billplz.com/jommenyumbang

sumber : remaja.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker