Selepas 2 Minggu Tidak Bekerja, Ali Puteh Kini Bangkit – “Insyaallah Doa Yang Baik-Baik.”

Selepas beberapa minggu dibelenggu kesedihan atas pemergian insan tersayang, pelawak Ali Puteh kini bangkit meneruskan kariernya sebagai anak seni di pentas teater.

Sebuah teater arahan Khir Rahman bertajuk Korupsi Dewan Semandung akan dipentaskan di Istana Budaya 28,29 Februari dan 1 Mac depan.

“Alhamdulillah harini sy start keje Hari pertama selepas 2mggu lebih xkeje, insyaallah doa YG baik2 yer,” tulisnya.

View this post on Instagram

Alhamdulillah..This is PUTEH !!!

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Menerusi foto yang dikongsikan, Ali bersama ahli kumpulan Puteh yang turut dianggotai Mamak dan Man sama-sama menjayakan teater tersebut.

Teater bergenre komedi ser4m itu turut dibarisi pelawak hebat antaranya Joey Daud, Vicha, Tauke, Syarif Zero dan ramai lagi.

Tiket boleh didapati dari hariga RM58 hingga RM258.

View this post on Instagram

Cepattt!!! Laku kerass!! Dapatkan tiket korg di kaunter tiket di Istana Budaya & belian secara online www.airasiaredtix.com TEATER KOMEDI SERAM KORUPSI DEWANG SEMANDUNG Pada 28, 29 Februari & 1 Mac 2020 8.30 malam di Panggung Sari Istana Budaya terbitan OGY VENTURES NETWORK SDN BHD. Penerbit @kak_ogy , Pengurus Projek @shahirsulaiman36 , Arahan @kei_ramoss , Penulis skrip @aloyparadoks dan @rayzamukmin Dapatkan tiket di www.airasiaredtix.com . Pementasan ini dibintangi oleh, @drmaza_official @taukejambu_real @joey_daud @sharif_zero @thedouglaslim @markadam1079 @vicha_barbie @chiwan_chilok @chemat_rajalawak @syurabadron @azrulzaidi @tapai_86 @azmi_saat @manrajalawak . @korupsidewansemandung #ogyventuresnetwork #korupsidewansemandung #istanabudaya #kualalumpur #malaysia #arts #theatre #music #dance #teatermalaysia #international #media #teaterkomediseram . https://airasiaredtix.com/tickets/teater-komedi-seram-korupsi-dewan-semandung#tab-tickets @ Melodi@Tv3

A post shared by Korupsi Dewan Semandung (@korupsidewansemandung) on

Apa respon anda? Jom like dan komen artikel dari dePalma SP