Alhamdulillah, Ustazah Nur Farhana ditemui selamat. Ini Kenyataan Awal Ketua Polis Daerah Barat Daya

USTAZAH Nur Farhana Ibrahim yang dilaporkan hilang di Balik Pulau sejak 14 Januari lalu, ditemui dalam keadaan selamat, hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, yang akan memberikan maklumat lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Malam tadi, portal berita Harian Metro melaporkan Ustazah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar ke sekolah itu sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah.

Anbalagan berkata, kehilangan Nur Farhana, 27, disedari suaminya selepas ustazah itu tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah petang kelmarin seperti kebiasaan.

“Menurut suaminya, pada pagi Isnin dia menghantar isterinya ke Plaza Tol Alor Setar Utara pada 4.30 pagi untuk menumpang rakan ustazah itu ke Sungai Dua, Butterworth bagi mengambil kereta Perodua Axianya sebelum meneruskan perjalanan ke sekolah di Balik Pulau.

“Pada 4.30 petang, suami mangsa yang juga peniaga menghubungi telefon bimbit isterinya, namun tidak berjawab.

“Apabila lelaki itu pulang ke rumah dia dapati telefon bimbit isterinya berada dalam bilik tidur dipercayai tertinggal,” katanya. Sumber harian metro

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya akan meneliti laporan daripada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

“Dalam kes ini kita perlu melihat laporan JPN terlebih dahulu dan tidak boleh menilai berdasarkan kenyataan-kenyataan dikeluarkan menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Maszlee berkata, beliau sentiasa memberikan perhatian khusus terutama berkaitan isu dan masalah pertukaran guru.

“Saya beri perhatian kepada semua, semua guru-guru dekat di hati saya. Mereka adalah adiwira dan sentiasa ada di hati saya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Singgah Cakna di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin di sini, hari ini.

Terdahulu, Nur Farhana Ibrahim, 27, dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar ke sekolah. Insiden itu disedari suaminya selepas guru terbabit tidak pulang ke rumah mereka yang terletak di Langgar, Kedah pada petang Isnin lalu. Menurut suaminya, mangsa sebelum ini pernah menerima rawatan pada 2014.

Katanya, ia disebabkan akibat masalah kemurungan dan dipercayai tertekan kerana terpaksa berulang sejauh kira-kira 100km perjalanan dari rumah ke sekolah. Sinar

“Dia menangis ketika tidurkan anak kami’ – Isteri Masih Hilang, Suami Buka Cerita.

BALIK PULAU- Suami kepada guru Pendidikan Islam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Genting yang hilang masuk hari ketiga hari ini menceritakan keadaan isterinya, Nur Farhana Ibrahim, 27, sehari sebelum kejadian.

Muhammad Naim Mahayadin berkata, isterinya didapati menangis sendirian ketika menidurkan anak tunggal mereka pada malam 13 Januari di rumah mereka di Alor Setar, Kedah.

“Saya ada tanya dia kenapa menangis tetapi dia hanya jawab tak ada apa-apa. Saya pun tak syak apa-apa lalu terus tidur,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, pada keesokan harinya, dia menghantar isterinya ke tol Alor Setar bagi ditumpangkan oleh rakannya untuk ke tol Sungai Dua, Butterworth.

“Isteri saya menumpang rakannya untuk ke tempat kerja dan meletakkan keretanya di tol Sungai Dua. Selepas menghantarnya di tol Alor Setar pada Isnin, jam 5.45 pagi, saya ada hubunginya pada sebelah petang namun panggilan tidak dijawab.

“Pada jam 6.30 petang, saya pulang ke rumah dan mendapati telefon bimbit isteri saya ada di atas almari di bilik. Saya kemudiannya menghubungi rakan isteri saya dan mereka juga tidak tahu di mana dia berada.

“Mereka hanya nampak kereta isteri yang diletakkan di luar kawasan sekolah namun mengesahkan dia hadir pada hari tersebut. Berdasarkan keterangan guru besar, kali terakhir isteri saya dilihat adalah pada 14 Januari lalu kira-kira jam 9.40 pagi di kantin sekolah,” katanya.

Alhamdulillah, Ustazah Nur Farhana ditemui selamat. Ini Kenyataan Awal Ketua Polis Daerah Barat Daya 2

Operasi pencarian yang dibantu Unit K9 dijalankan sekitar sekolah tempat mangsa mengajar dan kawasan berhampiran.

Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah dengan isterinya dan mengesyaki kehilangan isterinya itu ada hubung kait dengan kegagalan permohonan pertukaran tempat kerja.

“Saya bersama guru dan guru besar mencarinya di sekitar sekolah pada Selasa namun gagal. Saya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan isteri saya.

“Saya mengesyaki kehilangan isteri saya ini ada hubung kait dengan kegagalan permohonannya untuk menukar tempat kerja berikutan dia sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Alor Setar,” katanya.

Alhamdulillah, Ustazah Nur Farhana ditemui selamat. Ini Kenyataan Awal Ketua Polis Daerah Barat Daya 3

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan ketika ditemui berkata, sepasukan polis dengan bantuan Unit K9 telah diarahkan untuk melancarkan operasi mencari guru tersebut.

Alhamdulillah, Ustazah Nur Farhana ditemui selamat. Ini Kenyataan Awal Ketua Polis Daerah Barat Daya 4

Menurutnya, operasi dilakukan di sekitar sekolah dan kampung berdekatan.

“Operasi dihentikan jam 6 petang tadi (semalam) berikutan tiada petunjuk mengenai mangsa di kawasan sekitar.

“Orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak mangsa agar menghubungi balai polis terdekat atau Balai Polis Balik Pulau,” katanya.

Nur Farhana didiagnosis mengalami simptom tekanan serius (‘reactive depression with marked anxiety symptoms’) sejak beberapa tahun lalu.

Dia dipercayai mengalami tekanan apabila perlu berulang alik dari Alor Setar ke sekolahnya setiap hari.

Sumber: gpsbestari.com